Thursday, March 31, 2011

...bahagia....

Assalamualaikum wbt


simple kan perkataannya..tp sgt berbeza makna utk setiap org drpd kita...jenis-jenis bahagia bg kebanyakkan kita....




  • ada orang kata bahagia tu bila kita kaya..boleh beli segala-galanya...sampai cinta dan maruah manusia pon kita mampu beli bila kita kaya....


  • ada pula orang yang kata..bahagia tu bila kita ada rupa(yang cantik dan handsome la biasanya)...bukan sebab apa pon cuma seronok dapat pujian manusia..dan yg paling best boleh selalu bertukar-tukar pasangan utk tujuan suka2...


  • lain orang pula kata bahagia tu bila kita punya keluarga yang sempurna...berharta,ternama,ahli keluarga semua org berjaya....


  • dan bagi sesetengah daripada kita,bahagia tu bila dapat capai semua yg sempurna...dapat straight A's sentiasa,dapat masuk universiti luar negara,kerjaya pula profesional dan last sekali dapat kahwin dgn orang yang kononnya sama2 sempurna mcm kita...(katanya lah)


tp sebenarnya apa itu bahagia...mungkin ada yg setuju dgn alasan2 bahagia seperti di atas..tp bg sy utk bahagia tak perlu itu semua...sbb dlm tempoh 23 thn hidup sy(tak la lama sgt) dan tak tahu berapa lama lg...sy pernah melalui saat2 yg sy rasa paling bahagia tanpa memenuhi semua ciri2 di atas...


dilahirkan dalam keluarga yg biasa2 sj...rupa paras pun biasa2 juga...kepandaian tak lah setara mana...tp masih tetap boleh bahagia...dan masa2 bahagia yg sy lalui bila dikenang2 kembali bukanlah pada saat2 sy mendapat apa sj yg sy pernah impikan tetapi pada waktu sy memulakan langkah utk menggapai setiap cita2...


bila pulang dari sekolah setiap hari dgn beg terkoyak dan kasut yg rabak sudah menjadi perkara biasa ..apa yg paling bahagia adalah bila teringat kat wajah tua(arwah tok) yg selalu menanti di balik jendela dgn lauk pauk yg sudah siap tersedia...


bila makanan enak2 daripada wajah tua itu tidak lg tersedia ...makanan2 drpd pack tentera pun sudah cukup menambat selera ...sekali lagi rasa bahagia dan syukur menjelma...


dan bila teringat kembali saat selalu dibuli dan dipersenda...nikmat rasa sabar yg Allah kurniakan sekali lagi mencipta rasa bahagia dan menguatkan lg hati bahawa Allah tidak pernah menguji hambaNya melebihi batas kemampuan hamba itu sendiri...


daripada pengalaman2 hidup yg tak seberapa ini sy belajar dan setuju sepenuhnya dgn pendapat Dr Aid Al-Qarni dalam bukunya La Tahzan yg menyebut bahawa yg memberi kebahagian kepada kita bukanlah pakaian yg cantik2 atau makanan yg lazat2... tetapi cukuplah sekadar kita punya pakaian utk menutupi kita daripada teriknya panas dan sejuknya hujan...dan makanan pula cukup sekadar sekeping roti(dlm perumpamaan) utk mengalas perut dan terus beribadat kepadaNya..kerana hakikatnya kebahagiaan itu bukanlah terletak pada apa yg kita miliki tp datangnya kebahagiaan itu drpd dalam diri kita sendiri...


terima kerana membaca...:)


No comments:

Post a Comment