Tuesday, April 5, 2011

kahwin muda vs seks bebas...


Assalamualaikum wbt


seks bebas..tajuk yg biasa kita dengar dan baca selalunya di dada2 akhbar mahupun tv...isu ini tak lain tak bukan mmg melibatkan golongan remaja iaitu kita...dan secara jujurnya sy juga termasuk dalam kalangan dah rasa tersangat bosan dgn isu ini...tp bila difikirkan isu ini bukan sekadar satu permasalahan revolusi seks yg semakin melampau menggadaikan maruah anak bangsa kita,tetapi merupakan satu isu yg membawa kepada permasalahan lain yg lebih serius maka sy terpanggil utk menulis topik ini...


"seks bebas" ada yang kata perlakuan ini cenderung melibatkan remaja yg suka bergaul secara bebas dgn jantina berlainan jenis dan akhirnya terbabas ataupun terlanjur...dan pula yg berpendapat perkara ini hasilnya daripada kumbang2 durjana yang cuba merayu sang bunga yang akhirnya percaya dan terus menyerahkan diri tanpa jaminan apa2...apapun anda pilih sendiri alasan terjadinya perlakuan tidak bermoral ini...


seiringan dengan masalah ini timbul pula isu baru yang katanya menjadi alternatif penyelesaian terbaik bagi mencegah sekaligus mendorong remaja untuk berfikir dengan lebih dewasa...isu ini adalah "kahwin muda" ..sesetengah pihak berpendapat bahawa "kahwin muda"adalah satu cara terbaik bagi mengelakkan golongan ini daripada terlibat dgn gejala seks bebas...ya la kan kata orang remaja ini jenis golongan yang suka mencuba(peliknya yg tak elok sj yang selalu suka dicuba ,yg elok2 tak mau pulak)...ok persoalannya adakah benar dengan berkahwin di usia yang muda akan mengurangkan jumlah golongan ini yg terlibat dlm gejala tidak bermoral ini..atau adakah perkahwinan itu pada dasarnya hanya utk menghalalkan apa yg haram semata2...dan bagaimana perkahwinan yg hanya utk menghalalkan cara ini akan dpt membentuk generasi muslim yg lebih baik pada masa akan datang..tepuk dada tanya selera...


dalam hal ini ...sy sebenarnya neutral atau dlm erti kata mudah tidak memihak pada mana2 pihak...terpulang pada kesediaan individu itu sendiri sama ada nak berkahwin muda...atau nak confirm bachelor ka..itu bergantung pada diri masing2...

(liyana...kawan masa form1 -form3...)

apapon pada pendapat sy...sesebuah perkahwinan itu eloklah sekiranya kita bina berdasarkan niat yg lebih besar drpd menghalalkan yang haram semata2...kesediaan bukan sekadar dari segi fizikal dan ekonomi semata2 tetapi juga perlu sedia drpd segi mental( ya la sbb nk kongsi hidup dgn orang kan bukannya senang... hahaha)...


akhir kalam sy nak ucapkan selamat pengantin baru kepada kawan2 yang baru atau dh agak lama melangsungkan perkahwinan anda...mintak maaf kepada mereka yang sy tak dapat attend kenduri tu..(erm sapa suruh buat kenduri time tak cuti lg)...sy doakan agar anda dan pasangan anda sentiasa bahagia didunia dan insyaAllah hingga akhirat nanti..:) thanks 4 reading...

(zafirah..kawan dari sekolah rendah)


No comments:

Post a Comment