Monday, December 17, 2012

mati itu pasti

Assalamualaikum....

Mati itu pasti...tapi mengapa kita masih takut pada mati....apa sebenarnya yg kita takutkan...bekalan yg belum cukup untuk menempuh alam yg satu lagi...meninggalkan keluarga tercinta dan sahabat-sahabat di sisi...atau kematian itu sendiri...

Ya saya juga salah seorang manusia yang takut kepada kematian...bukan sekadar takut memikirkan bagaimana akhirnya hidup saya...tetapi takut memikirkan bagaimana caranya nanti saya menerima kematian insan-insan amat saya cintai dalam hidup....

Seingat saya sejak sedari kecil...saya sering sekali mengikut rombongan keluarga kemana-mana...bukan kerana saya sgt suka bersiar atau makan angin...tapi kerana dalam fikiran saya ketika itu...jika berlaku apa-apa biarlah saya ada bersama-sama...

Ya waktu itu saya masih seorang anak kecil...selalu saya berdoa kepada Allah agar diambil nyawa saya bersama-sama mereka...kerana saya tidak tegar untuk hidup sendiri tanpa mereka...dan bila usia menjengah dewasa....doa saya mulai berubah bukan lg untuk mati bersama...tapi selalu saya alunkan dalam doa-doa saya agar saya yg pergi dulu sebelum mereka...

Ya Allah...sesungguhnya Kau kasihanilah kedua ibubapaku seperti mana mereka mengasihani aku sejak kecil...dan jauhkanlah kami daripada azab seksaan kubur dan nerakaMu...sesungguhnya kami tidak layak untuk ke syurgaMu...dan kami jugak tidak sanggup untuk ke nerakaMu...Ya Allah..Ya Allah...Ya Allah...

Terima kasih Allah....:)

Tuesday, November 27, 2012

Assalamualaikum....


seperti mana perjalanan kehidupan kita yang panjang....sebegitu juga terlalu banyak cabang-cabang dugaan dan persoalan...

dan antara soalan-soalan itu...wujud satu persoalan yang paling klise iaitu jodoh...saban waktu...saban zaman tiada jemu persoalan ini dibincangkan...

bukan kerana tiada jawapan...bukan kerana menanti suatu kepastian...tetapi kerana masing-masing punya berbaza tafsiran sebelum masa yg telah ditentukan...

dan kini aku sedar dan mula faham tentang apa namanya jodoh ...kerana persoalan ini bukan sekadar penyatuan antara dua insan lelaki dan perempuan...malah setiap sesuatu di dunia ini sudah pon ditentukan berjodohan...umpama Nil dan Mesir...umpama kunci dan mangga...hakikatnya hanya kunci yg benar mampu membuka mangga yg utuh...

oh tuhan selamatkan hati-hati kami..jatuhkan lah kepada yang benar yg telah Engkau tetapkan untuk kami...dan bagi hati-hati yg tak sengaja merasa kesakitan setelah usahanya punah di tengah jalan..sabarlah...dan teruskan bersabar...kerana kau harus percaya bahawa Dia tidak memberikan apa yg kau inginkan tetapi Dia sentiasa memberi apa yg kau perlukan bila tiba masa yg tepat...:)

Tuesday, November 6, 2012

kita semua kan cantik....:)

Assalamualaikum.........



situasi 1: putih tu cantik

kwn P : thin kami nak try la produk pemutihan tu...harga dia mahal x?

saya: mahal kot....hari tu kami tanya dia kata sepaket ja dah RM240....hampa nak buat apa,hampa kan
        dah cantik..semua org pun puji kata cantik

kwn P: ya la...kami ni gelap sikit...kalau putih baru la lagi nampak cantik.....

saya : ok ( mode confuse)


situasi 2: drama/music video korea

saya: serius depa ni sgt cantik....kulit mcm epal...toksah kata jeragat..jerawat pon tak dak....

kwn; erm mcm tu jomla join kami pakai produk tu.......

saya: nope....i'm proud with my skin colour...hehehe...walaupun xda la licin mcm org korea tu kan...


situasi 3: dalam kereta dengan mak

mak: kakak tu jaga la sikit diri tu....tgk depa yang len rajin dok mengulit diri..sebab tu depa    cantik...org tengok pon berkenaan...orang la ni suka org putih..semua org mcm tu...yg putih tu depa pilih dulu....

saya: (diam ja la....dalam hati..mak , i know i'm not married yet..i don't even have a boy friend...but it is not because of my skin colour....it just because someone that i'm waiting for....he does not even know how i feel about him.....and i will keep silent till the end)


moral of the story:

manusia semakin obses dengan kecantikan luaran...pelbagai kayu ukur diguna untuk mendefinisikan kecantikan....dan bagi kebanyakan daripada mereka menggunakan pelbagai alasan untuk merealisasikan impian kecantikan diri....they even sometime thouhgt that life would be easier to them of they are beautiful...persoalannya perlukah kita terlalu mengikut arus perubahan global yg menjadikan kecantikan sebagai kunci kebahagian hidup sehingga kita hilang siapa diri kita yang sebenar....bukankah Allah menciptakan kita berbeza mengikut warna kulit...ketinggian...dan sebagainya supaya kita dapat belajar menghargai perbezaan....


to all readers.....kita kan cantik....dan kita akan kekal cantik selagi mana kita mensyukuri dan menghargai apa yg dikurniakan yg Esa kepada kita.....

thanks 4 reading...peace no war....

Friday, October 19, 2012

sampai masa tibanya waktu...

Assalamualaikum.....


           



                                              sampai masa tibanya waktu,
                                              redup hati kaum berdua,
                                              bila dua hati bersatu,
                                              hidup mati jadi bersama.


bicaralah hanya dalam doa.....sedialah hati untuk menerima takdir....sehingga itu aku pohonkan jagalah dia....

Monday, October 8, 2012

di kalung kasihan....

Assalamualaikum.....


Tiba-tiba rasa nak buat post yang bertajuk seperti di atas...tajuk lagu sebenarnya...dan sejujurnya saya sendiri tidak berapa pasti tentang makna tajuk tersebut....(entry ini cuma entry kosong sekadar luahan hati seorang manusia)

Namun lagu ini bila diamati lama-lama...seolah-olah lagu ini menyisahkan tentang keperitan seorang insan yang sebenarnya cuba membela kependeritaan insan lain yang amat dicinta ( ok ini tidak semestinya kisah cinta lelaki dan perempuan, sebab orang yg kita cinta boleh jadi ibubapa, adik- beradik dan sebagainya)....


Apa yang menarik tentang lagu ini sebenarnya (untuk saya, walaupun saya jarang-jarang dapat mendengarnya di radio)....ialah setiap kali mendengarnya , saya seolah-olah dapat memahami tentang mesej tersirat yang cuba disampaikan ( mengikut perspektif saya tersendiri)....

Setiap kali mendengar lagu ini..terbayang kepada saya situasi yang biasa  kita alami sebenar sebagai manusia biasa...kadang-kadang kerana cinta kita kepada manusia...kita cuba menjadi pembela...perlindung...setakat mana yang termampu walau diri sendiri tak berdaya...cuba menjaga hati dengan menjaga kata-kata..walau ada masa-masanya kita sendiri yang terluka...

Cuba sedaya-upaya memenuhi segala cita-cita walau jiwa sendiri yang tercedera tanpa mengharapkan apa-apa....ada masanya diri terasa halimunan....seolah tidak siapa dan apa di sisi...saat pena menjadi teman setia...pada saat bibir tak mampu lagi mengukir kata-kata...akhirnya air mata kita pun jatuh berkaca-kaca..........


Ya...ada bait-bait lagu ini yang yang saya akui kebenaranya...."  luka itu perlu"...itu lumrah manusia...dan pada hakikatnya kita harus percaya datang siang selepas malam...munculnya pelangi selepas hujan...kerana itu telah sedia ada dalam  tulisan daripada Dia yang maha kuasa...:)

Semoga nanti bila pelangi itu muncul lagi kita akan sama-sama dapat menikmati keindahannya walau sekadar sekejap cuma...:)


Thanks 4 reading...:)

Saturday, October 6, 2012

Assamualaikum....

       
                       Buat hati-hati yang lara...hati-hati yang sering memikirkan soal bila akan bertandang cinta yang menjadi jodoh setia...kisah ini kisah seorang teman baikku yang hatinya sering lara memikirkan soal cinta dan dan jodohnya yang tidak kunjung tiba....


                       Kisahnya begini....dia seorang teman rapat yang saya dikenali sejak di zaman first degree lagi...rupa parasnya cantik sehingga ada yang menggelarnya artis Bollywood...mengenalinya dengan agak rapat sedekit sebanyak saya tahu mengenai hal peribadinya dan kerana kecantikannya juga dia sering dirisik orang sejak zaman universiti lagi.....namun dek kerana setianya dia pada pasangannya ketika itu ( senang cakap boyfriend dia la) dia tidak pernah melayan mana-mana lelaki lain yang datang mencuba nasib.....

                      Namun panas tidak sampai ke petang akhirnya hujan di tengah hari....setelah putus hubungan dengan teman lelakinya itu..sahabat saya mula merasakan sesuatu yang aneh berlaku pada dirinya...setiap kali dia mengalami mimpi tentang kekasih lamanya itu  setiap kali itu jugalah badan sahabat saya itu akan mengeletar dia pada  waktu siangnya( berjam-jam lamanya)....

                   Kasihan melihat penderitaannya saya bersetuju apabila diajak menemaninya untuk mencuba kaedah perubatan Islam oleh seorang ustaz di Jitra...daripada apa yang diberitahu oleh ustaz itu...bekas .teman lelakinya itu memang seorang yang baik dan serius untuk menjadikan sahabat saya itu isterinya..tapi malang nya kaedah yang dia gunakan tidak bertepatan dengan yang sepatutnya...

                   Sedih saya melihat reaksi sahabat saya itu apabila mendapat penjelasan daripada ustaz tersebut...sejak daripada hari itu dia tidak sudah-sudah merisaukan tentang jodohnya kerana katanya sejak dia putus dengan bekas teman lelakinya itu sudah banyak  kali  dia dirisik tapi tak jadi....

                    Sebagai seorang sahabat saya cuba untuk menasihatinya walau diri sendiri tak punya pengalaman...sering saya katakan padanya cinta itu hadirnya daripada usaha dan doa...usaha itu tidak semestinya kita bercinta ( tak sepatutnya pon) tetapi usaha kita dengan sentiasa bersangka baik kepadaNya dan tidak putus-putus memanjatkan doa...InsyaAllah jodoh akan datang bila kita sudah bersedia dan cuma Dia yang tahu bila waktunya yang sebenar-benarnya...

Kepada sahabat-sahabatku di luar sana terimalah serangkap pantun (pantun rojak sebenarnya):

                          Don't worry be steady,
                          Master kita dua tahun lagi,
                          To many to study,
                          Lepas habis baru kita start to worry.

Maafkan saya merosakkan bahasa, ini cuma sekadar suka2..release semua yang ada dikepala...harap tak ada yang akan terasa....

Thanks 4 reading....

                       


Thursday, August 23, 2012

best raya ever ;)

Assalamualaikum.....



Terlalu lama sgt2 x update blog ni.......mungkin sebab tak ada apa yg nak dicerita atau mungkin terlalu banyak sampai tak tau mana nak mula....

Bermula denga segala kekusutan bulan Ogos tahun lepas dan berakhir dengan segala keindahan bulan Ogos tahun ni....Alhamdulillah semuanya berakhir dengan hampir sempurna untuk saya.....Sesungguhnya kita hanya mampu merancang dan perancang Allah tetap yang terbaik untuk kita....


Dan dalam merancang masa depan kita tak kan mampu  melawan kehendak takdir....Tiba-tiba teringat dengan suatu kata-kata daripada seorang teman lama....Jangan pernah menganggap kejayaan itu hasil daripada usaha kita sendiri...Usaha itu cuma asbab untuk kejayaan ...Yang menentukan kejayaan itu milik kita atau sebaliknya tetap yang Maha Pentadbir Semesta....

Apa pun sebelum mengakhiri nukilan yang secotet cuma (hahaha org bukan dari negeri kedah mesti xpaham secotetkan)....Saya dengan rasa rendah hati ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN...Dan kepada En.Betta...saya tak pasti awak baca atau tidak post kali ni...apa pun terima kasih sebab sudi datang beraya dan maaf kalau ada terkurang layanan kami sekeluarga di mana2.... :)

Tuesday, March 6, 2012

nothing personal....kuang3...


Assalamualaikum wbt

2 minggu sebelumnya

a phone call

En.M (bukan nama sebenar): Assalamualaikum Cik F (juga bukan nama sebenar) saya drpd bank I ingin memaklumkan bahawa saudari dah di terima bekerja di bank I sebagai Financial Executive.

Cik F (dengan hati yg berbunga2 dan tak terfikir nak tanya apa2 dah pon, gelogoh nor budak ni): ya2 En.M saya terima tawaran En.M, bila boleh start keja.

En.M:ok saudari boleh mula bekerja awal bulan depan dan penting saya nak igtkan saudari supaya sediakan pakaian yang bersesuaian di tempat kerja.

Cik F:( monolog)urgkkk...apa hal dia cakap camtu...tak sesuai ka apa yang aku pakai masa interview hari tu...pelik2

first day at work

Cik F: erm baju kurung...tudung saiz L...kasut bertutup...and i'm totally ready...(tersengih sorang2..konon mantap habis la gaya pakaian ke tempat kerja tu)

tiba di bank I


En.M: masuk ke bilik saya sekejap Cik F.

Cik F: ok bos...:)

En.Mn: ok begini Cik F, saya nak bg sedikit teguran tentang penampilan awak dan saya harap awak tak tersinggung dengan kata2 saya ini.

Cik F: ok bos..silakan...

En.M: awak tahu tentang awak sebagai FE, jadi kerja awak memerlukan awak utk berjumpa dengan ramai orang, jadi saya harap awak dapat ubah sedikit penampilan awak, kalau boleh banyakkan pakai seluar, berkasut tinggi dan jangan berpakaian seperti seorang ustazah, imej sebegini tak begitu sesuai di sini. aaa 1 lagi Cik F harap awak tak berjubah.

Cik F: what!!!!( dalam hati saja la)....hanya tersenyum dan kemudian minta diri untuk beredar...

monolog Cik F

ok bos...akan saya buktikan 1 hari nanti bukan imej muslimah saya yang akan jd kayu ukur kejayaan saya di sini...

jatuh itu biasa....bangun drpd kejatuhan itu luar biasa...

megah itu biasa....kesederhanaan itu jauh lebih bermakna...


peace no war....:)