Monday, October 8, 2012

di kalung kasihan....

Assalamualaikum.....


Tiba-tiba rasa nak buat post yang bertajuk seperti di atas...tajuk lagu sebenarnya...dan sejujurnya saya sendiri tidak berapa pasti tentang makna tajuk tersebut....(entry ini cuma entry kosong sekadar luahan hati seorang manusia)

Namun lagu ini bila diamati lama-lama...seolah-olah lagu ini menyisahkan tentang keperitan seorang insan yang sebenarnya cuba membela kependeritaan insan lain yang amat dicinta ( ok ini tidak semestinya kisah cinta lelaki dan perempuan, sebab orang yg kita cinta boleh jadi ibubapa, adik- beradik dan sebagainya)....


Apa yang menarik tentang lagu ini sebenarnya (untuk saya, walaupun saya jarang-jarang dapat mendengarnya di radio)....ialah setiap kali mendengarnya , saya seolah-olah dapat memahami tentang mesej tersirat yang cuba disampaikan ( mengikut perspektif saya tersendiri)....

Setiap kali mendengar lagu ini..terbayang kepada saya situasi yang biasa  kita alami sebenar sebagai manusia biasa...kadang-kadang kerana cinta kita kepada manusia...kita cuba menjadi pembela...perlindung...setakat mana yang termampu walau diri sendiri tak berdaya...cuba menjaga hati dengan menjaga kata-kata..walau ada masa-masanya kita sendiri yang terluka...

Cuba sedaya-upaya memenuhi segala cita-cita walau jiwa sendiri yang tercedera tanpa mengharapkan apa-apa....ada masanya diri terasa halimunan....seolah tidak siapa dan apa di sisi...saat pena menjadi teman setia...pada saat bibir tak mampu lagi mengukir kata-kata...akhirnya air mata kita pun jatuh berkaca-kaca..........


Ya...ada bait-bait lagu ini yang yang saya akui kebenaranya...."  luka itu perlu"...itu lumrah manusia...dan pada hakikatnya kita harus percaya datang siang selepas malam...munculnya pelangi selepas hujan...kerana itu telah sedia ada dalam  tulisan daripada Dia yang maha kuasa...:)

Semoga nanti bila pelangi itu muncul lagi kita akan sama-sama dapat menikmati keindahannya walau sekadar sekejap cuma...:)


Thanks 4 reading...:)

No comments:

Post a Comment