Assamualaikum....
Buat hati-hati yang lara...hati-hati yang sering memikirkan soal bila akan bertandang cinta yang menjadi jodoh setia...kisah ini kisah seorang teman baikku yang hatinya sering lara memikirkan soal cinta dan dan jodohnya yang tidak kunjung tiba....
Kisahnya begini....dia seorang teman rapat yang saya dikenali sejak di zaman first degree lagi...rupa parasnya cantik sehingga ada yang menggelarnya artis Bollywood...mengenalinya dengan agak rapat sedekit sebanyak saya tahu mengenai hal peribadinya dan kerana kecantikannya juga dia sering dirisik orang sejak zaman universiti lagi.....namun dek kerana setianya dia pada pasangannya ketika itu ( senang cakap boyfriend dia la) dia tidak pernah melayan mana-mana lelaki lain yang datang mencuba nasib.....
Namun panas tidak sampai ke petang akhirnya hujan di tengah hari....setelah putus hubungan dengan teman lelakinya itu..sahabat saya mula merasakan sesuatu yang aneh berlaku pada dirinya...setiap kali dia mengalami mimpi tentang kekasih lamanya itu setiap kali itu jugalah badan sahabat saya itu akan mengeletar dia pada waktu siangnya( berjam-jam lamanya)....
Kasihan melihat penderitaannya saya bersetuju apabila diajak menemaninya untuk mencuba kaedah perubatan Islam oleh seorang ustaz di Jitra...daripada apa yang diberitahu oleh ustaz itu...bekas .teman lelakinya itu memang seorang yang baik dan serius untuk menjadikan sahabat saya itu isterinya..tapi malang nya kaedah yang dia gunakan tidak bertepatan dengan yang sepatutnya...
Sedih saya melihat reaksi sahabat saya itu apabila mendapat penjelasan daripada ustaz tersebut...sejak daripada hari itu dia tidak sudah-sudah merisaukan tentang jodohnya kerana katanya sejak dia putus dengan bekas teman lelakinya itu sudah banyak kali dia dirisik tapi tak jadi....
Sebagai seorang sahabat saya cuba untuk menasihatinya walau diri sendiri tak punya pengalaman...sering saya katakan padanya cinta itu hadirnya daripada usaha dan doa...usaha itu tidak semestinya kita bercinta ( tak sepatutnya pon) tetapi usaha kita dengan sentiasa bersangka baik kepadaNya dan tidak putus-putus memanjatkan doa...InsyaAllah jodoh akan datang bila kita sudah bersedia dan cuma Dia yang tahu bila waktunya yang sebenar-benarnya...
Kepada sahabat-sahabatku di luar sana terimalah serangkap pantun (pantun rojak sebenarnya):
Don't worry be steady,
Master kita dua tahun lagi,
To many to study,
Lepas habis baru kita start to worry.
Maafkan saya merosakkan bahasa, ini cuma sekadar suka2..release semua yang ada dikepala...harap tak ada yang akan terasa....
Thanks 4 reading....
No comments:
Post a Comment