Thursday, March 3, 2011

harga sehelai tudung labuh...

Assalamualaikum wbt

harga sehelai tudung labuh,
nilainya bukan pada selabuh mana tudung itu menutupi auratmu,
bukan juga pada warna kain yang menjadi pilihanmu,
tapi harganya pada kekuatanmu untuk istiqamah mengenakan tudung itu.
harga sehelai tudung labuh,
nilainya bukan pada seberapa baik pandangan manusia padamu,
bukan juga pada sebanyak mana amalanmu di mata tiap insan,
tapi harganya terletak pada seberapa ikhlas kau melakukan sesuatu.
harga sehelai tudung labuh,
ada masa-masanya nilainya melebihi kemampuanmu untuk memilikinya.
harga sehelai tudung labuh,
ada ketika-ketikanya kau terfikir kembali samada kau benar-benar layak mengenakannnya.
dan harga sehelai tudung labuh,
ada waktu-waktunya membuatkan engkau tidak betah lagi untuk memakainya,
kerana harga sehelai tudung labuh itu,
menuntutmu untuk memaksa diri untuk berubah,
dan bukan berubah kerana terpaksa.
namun itulah sebenarnya harga sehelai tudung labuh,
kerana seberapa mahal sekalipun harga,
tetap akan ada yang mengenakannya,
dan selalu ada yang menghormatinya.
untuk itu jangan pernah menyesal untuk menjadi tuan padanya,
kerana itu jalan yang kau sendiri memilihnya,
oleh itu berbanggalah dengannya,
bukan kerana tudung itu menampakkan kau lebih baik di mata manusia,
tetapi kerana tudung itulah asbab kecil yang membawa kau terus berada dijalanNya.





No comments:

Post a Comment