Monday, March 21, 2011

tawakal..kisah seorang anak kecil...

Assalamualaikum wbt


diceritakan pada zaman dahulu kala...ada seorang anak kecil (berumur sepuluh tahun )sedang khusyuk bersolat di dalam masjid...sedang anak kecil itu bersolat masuk seorang lelaki yang duduk dan memerhatikannya dari jauh...selesai anak kecil itu bersolat,lalu lelaki tadi datang mendekatinya lalu bertanya,"anak siapa wahai anakku?"...anak kecil itu menggeleng2kan kepala dan menitis air mata kepipinya lantas menjawab,"wahai pakcik,saya seorang anak yatim piatu"..tersentuh sekali hati lelaki itu apabila mengetahui hal itu..lalu lelaki itu berkata bertanya lagi,"mahukah kamu menjadi anak angkatku?"...namun kali ini anak kecil tidak membalas pertanyaan itu dengan jawapan namun terus-terusan bertanyakan soalan...

anak kecil,"adakah sekiranya saya lapar pak cik akan memberikan saya makanan?"...lelaki itu,"ya!"...anak kecil,"apakah jika saya tidak mempunyai pakaian,pak cik akan memberikan saya pakaian?"...lelaki itu,"ya!"....anakkecil"adakah pak cik akan menyembuhkan saya sekiranya saya sakit,"...wahai anak kecil,aku tidak dapat melakukan perkara seperti itu"...anak kecil,"adakah pak cik akan menghidupkan saya sekiranya saya mati?"...lelaki itu,"aku juga tidak sanggup"...

akhirnya anak kecil itu berkata..kalau begitu pak cik serah kan saya kepada:


'Tuhan yang mencipta daku(daripada tiadam kepada ada),maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum dan apabila aku sakit,maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku;Dialah yang mematikan daku,kemudian Dia menghidupkan daku;dan (Dialah) yang aku harap-harapkan akan mengampunkan dosaku pada hari kiamat,"(surah Asy-Asyu''ara :Ayat 78-82)


lelaki itu pun diam dan terus meneruskan urusannya,sedang anak kecil itu berkata:"Aku beriman kepada Allah.Barangsiapa yang bertawakal kepada Alla,mescaya Dia akan memberi kecukupan kepadanya".

3 comments:

  1. zaman skarang da xjumpa anak kecik mcm tue....
    p/s: ada salah ejaan tue "...bertawakal kepada Alla,mescaya .."..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. btol tu cik betta ..nak jumpa budak kecik mcm tu mmg ssh..tp tak mustahil utk lahirkan anak yg berakhlak mcm tu kan...semoga Allah kurniakan lebih ramai generasi yg akhlaknya sama mcm budak kecik tu..:)
    p/s:terima kasih tegur keslhn ejaan sy...mmg careless...:)

    ReplyDelete