Assalamualaikum wbt
kerja ker sambung master...satu persoalan yg biasa singgah di kepala student u terutamanya yg dh semakin hampir ke titik akhir matlamat utk menggenggam segulung ijazah,atau pun dlm erti kata yg mudah sutdent2 final year la...mungkin bg sesetengah org ini bukan satu soalan yg besar pon atau xperlu mendapat tempat di fikiran mereka sbb dari awal lg mmg dh tahu ke mana hala tuju selepas ni...tak dinafikan mmg ramai yg akan memilih utk terus melangkah ke alam pekerjaan sejurus tamat pengajian di u...tp masalahnya,kita sendiri sedar berapa ramai yg akan menganggur utk jangka masa tertentu sebelum dpt pekerjaan yg diidamkan...erm tu kalau dpt..realitinya rezeki setiap org tu tak sama,ada yg cepat dan ada yg lambat,dan kebiasaannya ada memulakan alam pekerjaan dgn memasuki bidang yg berbeza berbanding bidang yg menjadi pilihan sewaktu belajar di u dulu...
post sy kali ini sy tulis kerana persoalan ini menjadi dilema dlm diri sy sendiri...sebagai pelajar jurusan ekonomi sy sedar ttg kos dan faedah bg setiap keputusan yg diambil...walaupun melanjutkan pengajian hingga ke peringkat tertinggi merupakan impian sejak kecil lg...sy perlu akui kos hidup yg semakin meningkat menjadi penyebab utk sy berfikir 2 kali....hakikatnya kita harus terima bahawa sama ada terus melangkah ke alam pekerjaan atau melanjutkan pelajaran kedua2 akan memberikan impak jangka masa panjang utk diri individu itu sendiri...
pilihan seseorang utk terus bekerja sesudah memiliki ijazah memerlukan ia utk berjuang dgn ratusan ribu graduan lain bg merebut peluang pekerjaan yg semakin tinggi demandnya bg graduan cemerlang...jd tak hairan kalau ramai antara mereka ni yg mengangur dan tak dapat2 kerja...lain drpd tu ada juga antara graduan kita yg terlalu memilih pekerjaan yg menyebabkan mereka turut tak mendapat kerja...
bila difikirkan sbb2 graduan yg terpaksa menunggu lama sebelum bekerja membuatkan minat sy lebih cenderung ke arah menyambung pengajian ke peringkat master...kosnya mmg tinggi tp kalau dibanding dgn waktu kos lepas utk terus mencari kerja selepas tamat belajar...pada perkiraan sy kos yg terpaksa dilepaskan hampir sama...ditambah pula dgn peluang utk mendpt biasiswa bg pelajar2 yg layak,membuatkan sy rasa rugi kalau melepaskan peluang yg ada...
apapun masing2 ada pendapat sendiri,sy tak lah katakan yg mencari kerja sejurus tamat pengajian itu sesuatu yg merugikan...sy juga walaupun masih berada dalam pengajian turut membuat persediaan bg mencari peluang pekerjaan...kerana sy percaya rezeki itu dtgnya dgn usaha kita,tetapi bukanlah bermaksud usaha kita yg memberikan kita rezeki kerana dlm apa keadaan sekalipun yg menentukan yg terbaik utk kita hanyalah Allah yg Esa...setakat ini shj buat kali ini...thanks 4 reading..:)
No comments:
Post a Comment