Wednesday, March 9, 2011

the six sense...


Assalamualaikum wbt


six sense atau dlm bahasa Melayunya lebih dikenali sebagai deria keenam,seriously talking, i'm sometime believe on it,cuma sejak kebelakangan rasa tertanya2 ttg hal ni semakin tinggi...utk sesiapa yg mmg ada atau merasakan diri mereka punya kelebihan ini mgkin lebih percaya ttg kewujudan deria keenam dlm diri manusia...tp adakah sama deria keenam ni dgn gerak hati atau intuisme(sorry kalau slh eja hehe) dlm diri manusia...berbeza dgn six sense,sy lebih percaya dgn gerak hati kerana sy percaya setiap drpd manusia di anugerah perasaan yg peka terhadap sesuatu kejadian atau apa sj yg berlaku di persekitarannya...gerak hati ni walaupun tak semestinya betul tp ada masa2nya mmg membantu kita dlm membuat sesuatu keputusan ataupun tindakan...

pada mereka yg mmg peka atau mempunyai gerak hati yg kuat dan mempercayainya...mereka biasanya lebih yakin dgn tindakan yg diambil walaupun menyedari hakikat yg mereka mgkin berhadapan dgn risiko yg tinggi...untuk sesetgh org,mereka fokus dlm mengasah kepekaan gerak hati mereka sehingga ada yg dpt meyakinkan org lain ttg gerak hati yg mereka alami....

gerak hati ni pada sy ada waktu dan ketikanya penting,kerana kadang2 melalui gerak hati kita dpt membuat sesuatu keputusan yg kalaupun salah tetapi tetap memuaskan hati kita...kerana dlm kebanyakkan hal yg memerlukan kita utk membuat sesuatu keputusan kita tidak sekadar bergantung kepada akal fikiran tetapi juga hati dan perasaan...salah satu drpdnya ialah apabila kita berdepan dgn keputusan yg melibat delima etika,masa depan atau mslh yg berkaitan dgn emosi diri dan pilhan

dalam membuat pilihan dan perbandingan ada masa2 kita terpaksa bergantung kepada gerak hati kita...misalnya mslh yg berkaitan dgn pilihan masa depan yg berkaitan dgn pasangan hidup atau jodoh seseorang...kita sebagai manusia tidak akan dpt memastikan dgn tepat samada 'dia' yg akan menjadi pasangan kita adalah yg terbaik utk kita...bg sesetengah orang mslh menjadi semakin rumit apabila hingga ke saat akhir baru dia merasakan 'dia' yg selama ini menjadi pilihan bukan teman terbaik utk melayari hidup bersama...dan pada ketika inilah gerak hati sebenarnya memainkan peranannya dlm membantu seseorang membuat keputusan...

apapun sy percaya gerak hati dtg drpd 2 arah yg berbeza...1 gerak hati dtgnya drpd Allah apabila kita meminta diberikan pertunjuk drpdNya melalui solat istikharah dan sebagainya...dan 1 lg gerak hati dtgnya drpd syaitan...gerak hati drpd syaitan ini biasanya berpunca drpd nafsu atau kehendak diri kita sendiri ke atas sesuatu yg kita inginkan...bilamana kita sebagai manusia meletakkan usaha,harapan dan tawakal kita sepenuhnya kepada Allah bg meminta pertujuk drpdNya...insyaAllah dgn hati yg ikhlas kita akan mendapat pertunjuk atau gerak hati yg terbaik drpd Allah...namun sekiranya kita lebih berpihak kepada kehendak diri kita sendiri tanpa terlebih dulu meminta pertolongan drpd Allah,kita akan melakukan sesuatu mengikut kepada kehendak hawa nafsu kita semata2...

kesimpulannya,sy percaya gerak hati adalah satu anugerah tak terhingga yg Allah kurniakan kepada setiap manusia...dan gerak hati ini bukan bertujuan utk menyesatkan manusia drpd jalan yg lurus atau melebihkan pertimbangan mengenainya melebihi akal fikiran kita ...tetapi gerak hati ini Allah kurniakan sebagai penyeimbang antara akal dan nafsu supaya manusia dpt membuatkan pilihan yg terbaik walaupun pilihan tersebut tidak semestinya tepat..kerana kita manusia hanya mampu merancang dan terus berusaha tetapi Allah jualah akan menjadi Penentu segala-galanya...:)

thanks 4 reading...

No comments:

Post a Comment