Friday, March 11, 2011

dia jodohku di syurga...:)

Assalamualaikum wbt



cerita ini adalah kisah benar ttg seorang muslimah yg mencari cinta dlm hidupnya..lumrah manusia bila smpi ke 1 peringkat umur akan mula punya perasaan ingin memiliki dan dimiliki(ish jiwang la plak sy ni,tp tak pa ni kisah benar kena olah cita elok2 sket hehehe)...ok kisah ttg seorang muslimah yg cukup menjaga aurat dan batas pergaulannya terutama dgn lelaki yg bukan muhrim...berperwatakan muslimah dan berpegang teguh kpg prinsip 'no love before married'...bila ditanya mengapa jawapannya mudah "i don't want to be unfaithful toward my future husband",disambung lg soalan "do u have someone in ur mind to be ur future husband",dia hanya tersenyum manis sambil menjawab "let Allah take care of him"...jawapan yg ringkas tp cukup mendalam maknanya...tanya lg "how if he is not mean 4 u"....jawapannya"may Allah let him be my husband in Jannah"...



mmg fitrah manusia utk mencintai dan dicintai...perasaan itu satu lumrah cuma bezanya cara kita utk menyalurkannya samada dgn cara yg salah atau betul..kita sebagai seorang muslim sepatutnya merasa bangga kerana agama kita Islam bukan sekadar 1 agama tetapi juga 1 cara hidup yg mana membekalkan kita dgn peraturan dan adab bg kita utk melaksanakannya dlm kehidupan kita sehari2...hal ini termasuklah dlm soal jodoh...apa yg penting adalah bg kita utk yakin dlm m'amalkannya seterusnya tawakal sepenuhnya kepada Allah yg Esa...



berbalik kpd cerita td,muslimah berkenaan bukan tidak punya perasaan cinta utk kaum berlainan jenis...tp apa yg dpt disimpulkan ialah dia cuba sedaya upaya mengawal perasaan itu hanya utk yg halal bgnya...menyembunyikan rasa cintanya utk diluahkan hanya bila smpi wktunya...memelihara kehormatan dirinya juga insan yg mendapat tempat di hatinya agar sama2 terjaga drpd melakukan perkara yg ditegah oleh agama demi menggapai redhaNya...



drpd kisah td,dpt kita lihat yg sebagai manusia kita tidak akan terlepas drpd perasaan cinta..tetapi benarkah itu cinta apabila kita meletakkan cinta manusia melebihi cinta kpd yg Esa...apabila kita lebih percaya kpd hubungan cinta sebelum nikah drpd meletakkan sepenuhnya kepercayaan dan harapan kita kpd Allah yg Maha Mengetahui utk menyatukan kita dgn insan yg terbaik utk kita di dunia dan insyaAllah di akhirat sana..:)



namun kebanyakkan remaja pd hari ini lebih memilih utk bercinta atau nama popularnya bercouple...mcm2 alasan yg mereka berikan utk membenarkan perbuatan mereka itu..antara yg popular ialah utk mengenali hati budi msg2 sebelum memasuki alam perkahwinan...kononnya tanpa hubungan cinta mereka tidak akan dpt membuat pilihan samada pasangan mereka itu yg terbaik utk mereka...tp cuba kita muhasabah kembali apa yg sebenarnya terjadi...fikirkan kembali bagaimana utk kita mencipta kebahagiaan sedangkan kita memulakan langkah pertama dgn melakukan perkara yg tidak di redhai Allah...berapa ramai pula pasangan yg bercinta sebelum kahwin akhirnya menemui kegagalan dlm perkahwinan...adakah tempoh mengenali 1 sama lain ketika di alam bercinta msh tak cukup utk mereka mengenali pasangan msg2...cuba pula kita bandingkan dgn perkahwinan org2 tua zaman dahulu..mereka kebanyakkan berkahwin dgn pilihan keluarga dan ada yg langsung tidak pernah mengenali pasangan mereka seblom kahwin tp jodoh mereka kekal hgga ke anak cucu...



apapon sy akui,sy mmg tidak layak utk menilai atau menegur secara terus ttg isu couple kpd pasangan yg bercinta kerana sy sendiri tak pernah melalui alam cintan cintun ni...tp yg jelas sy cukup bersetuju dgn jawapan2 yg diberikan oleh muslimah td...kita sememangnya punya hak utk berusaha mencari yg terbaik sebagai jodoh kita tetapi yg menentukannya tetap Allah yg Esa..jd sekiranya kita terdetik utk jatuh cinta atau memikirkan seseorang sebagai jodoh kita sebaik kita serahkan semuanya kpd yg Maha Mencinta kerana Dialah yg Maha Mengetahui dan Maha Menentukan siapa jodoh kita...seandainya dia mmg ditakdirkan utk kita berbahagialah dan redha dgn semua kelebihan dan kekurangannya dan seandainya dia bukan utk kita redhalah kerana pasti ada yg lebih baik telah ditentukan utk kita...atau kalau kita benar2 mencintainya tak salah rasanya utk kita mendoakan agar dia menjadi jodoh kita di syurga(kan kt syurga nanti boleh minta apa sj hehe)...



itu sj buat kali ini..semoga anda yg membaca akan dpt menerima msj yg sy ingin smpikan ini dgn hati yg terbuka...kerana sejujurnya sy tidak berniat utk mengkritik sapa2 sekadar 1 pendapat yg diharap tidak mengguris sesiapa dan semoga kita sama2 dpt menjalani kehidupan kita dgn berusaha melakukan yg terbaik utk sama mendapat keredhaanNya...thanks 4 reading..:)



2 comments:

  1. skang nie bebudak skol pon da stat bercinta, siap bangga pulak tue citer dlm blog....geli btol
    pastu ada pulak citer pasal brapa byk ex dia ada...tue lagi geli

    ReplyDelete
  2. tau xpa..tu la akibatnya bila teknologi disalah guna..klau setakat bercerita tak pa ni smpi gmbr dan video pon dia upload skali...inilah natijahnya drpd budaya hedonisme yg diagung2kan sebahagian besar msyrkt kita...

    ReplyDelete