Thursday, March 10, 2011

kta yg memilih siapa kita 'to be or not to be'


Assalamualaikum wbt




perangai manusia...tajuk post kali ini mgkin simple dan mgkin juga pada sesetgh drpd pembaca sekelian yg pernah menghadapi situasi yg sama dgn sy...perangai manusia mmg ada bermcm2...drpd sifat dan tingkah laku manusia juga kita kadang2 dpt tahu sedikit sebanyak mengenai diri seseorg individu secara kasar...tak dinafikan yg mmg tak ada manusia yg sempurna selain rasul kita Muhammad s.a.w..apapun itu tak bermaksud kita sebagai boleh menggunakan alasan ni utk kita tidak berusaha bg menjadi manusia yg lebih baik...hakikatnya setiap manusia dituntut utk sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri yg ada dgn sentiasa istiqamah dlm melawan kehendak hawa nafsunya...ini kerana hawa nafsu yg tidak diuruskan mengikut nas2 yg tlh ditetapkan akan menjadi punca kpd segala kejahatan manusia...dlm post yg terdahulu hggalah sekarang sy cuba utk m'gunakan bahasa slanga dlm penulisan sy supaya penulisan di dlm blog ini terlihat lebih kasual kpd pembaca..kerana tujuan sy menulis adalah utk berkongsi rasa,idea dan pandangan peribadi sy melihat dunia dan p'mslhn hidup manusia yg terdpt di dlmnya....selain itu sy juga ingin mengetahui sudut pandang pembaca ttg apa yg cuba sy utarakan...


berbalik kepada tajuk post pd kali ini...sy percaya bahawa setiap org drpd kita bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perangai kita masing2...mmg hak utk setiap org utk memilih cara mereka sendiri dlm mengelolakan kehidupan masing2..namun kita seharusnya sedar bhw setiap drpd kita hidup dlm kehidupan bermasyarakat yg memerlukan kita utk mengambilkira perasaan dan pandangan org lain terhadap sesuatu perkara...jika dilihat drpd sudut psikologi setiap drpd kita mula mencari identiti masing2 ketika kita meningkat ke alam awal remaja lg...pd waktu itu bleh dilihat perubahan ketara dlm diri masing2 drpd segi pemakaian,cara bergaul hinggalah kepada cara kita mengawal emosi kita sebagai seorang yg sedang meningkat dewasa...


dlm hal ini sy juga pernah melalui perkara yg sama dan sy mengakui bukan mudah utk mencari siapa diri kita dan lebih ssh lg utk menjadi diri kita yg terbaik di mata tuhan dan di mata manusia...apapun dlm melalui fasa pembentukan diri ini sy lebih meletakan tekanan membuat pilihan ini kpd diri sendiri bkn org lain atau keadaan persekitaran sy...pd sy setiap org menyedari bahawa mereka sendiri yg memilih siapa diri mereka pd masa depan...dgn alasan ini juga sy percaya yg kita smua yg memilih samada utk menjadi diri kita yg terbaik atau yg terjahat atau sekadar berada di persimpangan (utk diterima semua org jd kita jd lalang kdg2 baik kgd ikot perangai jahat org)...


dlm perjalanan hidup sy yg msh terlalu singkat (23 thn)...sy telah berpeluang utk menemui dan merasai sendiri berbagai ragam kelagat manusia yg ada masa2 menekan akal dan emosi sy...sy mengakui sy juga manusia biasa yg punya terlalu byk kekurangan dan kelemahan yg perlu di atasi..apapun sy harap sy akan sentiasa diberi kekuatan utk terus istiqamah dlm memperbaiki setiap kekurangan dan kelemahan yg ada...


berkaitan dgn perangai atau gelagat manusia yg pernah yg temui...sy bknlah bermaksud utk memburuk sesiapa tetapi sekadar berkongsi pengalaman bersama pembaca semua..kerana mgkin drpd pengalaman sy ini kita dpt melihat sesuatu yg berlaku itu drpd 1 perspektif yg baru...


part 1:kisah ini berlaku ketika sy berada di PLKN...sy sejujur tak lah merasakan PLKN ni 1 bebanan bg sy kerana pd sy waktu terluang slps SPM elok juga tidaklah sekadar dihabiskan di rumah..jd sy pon berangkatlah ke kem PLKN sy dgn hati yg terbuka...sesampainya sy di sana(kem sy terletak di Utara Semenanjung Malaysia) sepanjang 2 bln yg pertama sy gh dibuli terok oleh teman2 sedorm sy...alasannya sy berasal drpd negeri yg bersebelah dn mereka tak begitu gemar dgn org2 drpd negeri sy (kebetulan waktu tu kwn 1 dorm smua drpd negeri tmpt kem sy )....klimaksnya,pd 1 hari sewaktu semua pakaian hendak dihantar ke dobbi ...kwn2 sedorm sy ni dgn sengaja tak membawa baju celoreng sy bersama2..sedang smua mereka tau yg esoknya kmi ada kembara(merentas hutan)...sy yg selama ni hanya tersenyum tawar dan menahan sabar akibat selalu sgt dibuli akhirnya tak dpt lg menahan sabar(sabar pon ada hadnya jgkkan)...jd sy pon dgn senang hati ambik smua pakaian sy dn bawa ke tmpt kmpl pakaian dobbi dan terus tnya dgn mereka yg terlibat kenapa seterok tu mereka memperlakukan sy..sdgkan sy x pernah bls pembuatan mereka seblom ini...alhamdulillah,Allah Maha Besar... pp bln terakhir PLKN tu mereka smua mula berbaik dgn sy dan ketua mereka yg selalu menjadi dalang dlm operasi membuli sy akhirnya termkn kata2nya sendiri...


apapon sy sgt2 bersyukur atas apa yg berlaku kpd sy di PLKN..walaupon sy dibuli hingga ada masanya turut mencemarkan maruah sy..tetapi Allah yg Maha Besar dan Maha Kaya turut menurunkan hikmahnya kepada sy...watak sy byk berubah selepas tamat latihan PLKN..sy tak lg malu atau kekok utk berdepan dgn org ramai dlm membuat presention cthnya ...sy jd seorang yg lebih terbuka utk menyatakan pendapat dan idea sy..dan yg paling penting,sy kini lebih bersedia utk menghadapi perangai2 manusia yg menuntut kesabaran yg tinggi ketika berhadapan dgnnya...


pd sy itulah hikmah yg x ternilai harganya...kadang2 Allah sembunyikan matahari dan dtgkan hujan dan petir..kita tertanya2 kemana perginya matahari rupa2nya Allah nk hadiahkan kita pelangi yg indah...thanks 4 reading..:)
















Wednesday, March 9, 2011

the six sense...


Assalamualaikum wbt


six sense atau dlm bahasa Melayunya lebih dikenali sebagai deria keenam,seriously talking, i'm sometime believe on it,cuma sejak kebelakangan rasa tertanya2 ttg hal ni semakin tinggi...utk sesiapa yg mmg ada atau merasakan diri mereka punya kelebihan ini mgkin lebih percaya ttg kewujudan deria keenam dlm diri manusia...tp adakah sama deria keenam ni dgn gerak hati atau intuisme(sorry kalau slh eja hehe) dlm diri manusia...berbeza dgn six sense,sy lebih percaya dgn gerak hati kerana sy percaya setiap drpd manusia di anugerah perasaan yg peka terhadap sesuatu kejadian atau apa sj yg berlaku di persekitarannya...gerak hati ni walaupun tak semestinya betul tp ada masa2nya mmg membantu kita dlm membuat sesuatu keputusan ataupun tindakan...

pada mereka yg mmg peka atau mempunyai gerak hati yg kuat dan mempercayainya...mereka biasanya lebih yakin dgn tindakan yg diambil walaupun menyedari hakikat yg mereka mgkin berhadapan dgn risiko yg tinggi...untuk sesetgh org,mereka fokus dlm mengasah kepekaan gerak hati mereka sehingga ada yg dpt meyakinkan org lain ttg gerak hati yg mereka alami....

gerak hati ni pada sy ada waktu dan ketikanya penting,kerana kadang2 melalui gerak hati kita dpt membuat sesuatu keputusan yg kalaupun salah tetapi tetap memuaskan hati kita...kerana dlm kebanyakkan hal yg memerlukan kita utk membuat sesuatu keputusan kita tidak sekadar bergantung kepada akal fikiran tetapi juga hati dan perasaan...salah satu drpdnya ialah apabila kita berdepan dgn keputusan yg melibat delima etika,masa depan atau mslh yg berkaitan dgn emosi diri dan pilhan

dalam membuat pilihan dan perbandingan ada masa2 kita terpaksa bergantung kepada gerak hati kita...misalnya mslh yg berkaitan dgn pilihan masa depan yg berkaitan dgn pasangan hidup atau jodoh seseorang...kita sebagai manusia tidak akan dpt memastikan dgn tepat samada 'dia' yg akan menjadi pasangan kita adalah yg terbaik utk kita...bg sesetengah orang mslh menjadi semakin rumit apabila hingga ke saat akhir baru dia merasakan 'dia' yg selama ini menjadi pilihan bukan teman terbaik utk melayari hidup bersama...dan pada ketika inilah gerak hati sebenarnya memainkan peranannya dlm membantu seseorang membuat keputusan...

apapun sy percaya gerak hati dtg drpd 2 arah yg berbeza...1 gerak hati dtgnya drpd Allah apabila kita meminta diberikan pertunjuk drpdNya melalui solat istikharah dan sebagainya...dan 1 lg gerak hati dtgnya drpd syaitan...gerak hati drpd syaitan ini biasanya berpunca drpd nafsu atau kehendak diri kita sendiri ke atas sesuatu yg kita inginkan...bilamana kita sebagai manusia meletakkan usaha,harapan dan tawakal kita sepenuhnya kepada Allah bg meminta pertujuk drpdNya...insyaAllah dgn hati yg ikhlas kita akan mendapat pertunjuk atau gerak hati yg terbaik drpd Allah...namun sekiranya kita lebih berpihak kepada kehendak diri kita sendiri tanpa terlebih dulu meminta pertolongan drpd Allah,kita akan melakukan sesuatu mengikut kepada kehendak hawa nafsu kita semata2...

kesimpulannya,sy percaya gerak hati adalah satu anugerah tak terhingga yg Allah kurniakan kepada setiap manusia...dan gerak hati ini bukan bertujuan utk menyesatkan manusia drpd jalan yg lurus atau melebihkan pertimbangan mengenainya melebihi akal fikiran kita ...tetapi gerak hati ini Allah kurniakan sebagai penyeimbang antara akal dan nafsu supaya manusia dpt membuatkan pilihan yg terbaik walaupun pilihan tersebut tidak semestinya tepat..kerana kita manusia hanya mampu merancang dan terus berusaha tetapi Allah jualah akan menjadi Penentu segala-galanya...:)

thanks 4 reading...

Tuesday, March 8, 2011

kerja ker sambung master....


Assalamualaikum wbt



kerja ker sambung master...satu persoalan yg biasa singgah di kepala student u terutamanya yg dh semakin hampir ke titik akhir matlamat utk menggenggam segulung ijazah,atau pun dlm erti kata yg mudah sutdent2 final year la...mungkin bg sesetengah org ini bukan satu soalan yg besar pon atau xperlu mendapat tempat di fikiran mereka sbb dari awal lg mmg dh tahu ke mana hala tuju selepas ni...tak dinafikan mmg ramai yg akan memilih utk terus melangkah ke alam pekerjaan sejurus tamat pengajian di u...tp masalahnya,kita sendiri sedar berapa ramai yg akan menganggur utk jangka masa tertentu sebelum dpt pekerjaan yg diidamkan...erm tu kalau dpt..realitinya rezeki setiap org tu tak sama,ada yg cepat dan ada yg lambat,dan kebiasaannya ada memulakan alam pekerjaan dgn memasuki bidang yg berbeza berbanding bidang yg menjadi pilihan sewaktu belajar di u dulu...


post sy kali ini sy tulis kerana persoalan ini menjadi dilema dlm diri sy sendiri...sebagai pelajar jurusan ekonomi sy sedar ttg kos dan faedah bg setiap keputusan yg diambil...walaupun melanjutkan pengajian hingga ke peringkat tertinggi merupakan impian sejak kecil lg...sy perlu akui kos hidup yg semakin meningkat menjadi penyebab utk sy berfikir 2 kali....hakikatnya kita harus terima bahawa sama ada terus melangkah ke alam pekerjaan atau melanjutkan pelajaran kedua2 akan memberikan impak jangka masa panjang utk diri individu itu sendiri...


pilihan seseorang utk terus bekerja sesudah memiliki ijazah memerlukan ia utk berjuang dgn ratusan ribu graduan lain bg merebut peluang pekerjaan yg semakin tinggi demandnya bg graduan cemerlang...jd tak hairan kalau ramai antara mereka ni yg mengangur dan tak dapat2 kerja...lain drpd tu ada juga antara graduan kita yg terlalu memilih pekerjaan yg menyebabkan mereka turut tak mendapat kerja...


bila difikirkan sbb2 graduan yg terpaksa menunggu lama sebelum bekerja membuatkan minat sy lebih cenderung ke arah menyambung pengajian ke peringkat master...kosnya mmg tinggi tp kalau dibanding dgn waktu kos lepas utk terus mencari kerja selepas tamat belajar...pada perkiraan sy kos yg terpaksa dilepaskan hampir sama...ditambah pula dgn peluang utk mendpt biasiswa bg pelajar2 yg layak,membuatkan sy rasa rugi kalau melepaskan peluang yg ada...

apapun masing2 ada pendapat sendiri,sy tak lah katakan yg mencari kerja sejurus tamat pengajian itu sesuatu yg merugikan...sy juga walaupun masih berada dalam pengajian turut membuat persediaan bg mencari peluang pekerjaan...kerana sy percaya rezeki itu dtgnya dgn usaha kita,tetapi bukanlah bermaksud usaha kita yg memberikan kita rezeki kerana dlm apa keadaan sekalipun yg menentukan yg terbaik utk kita hanyalah Allah yg Esa...setakat ini shj buat kali ini...thanks 4 reading..:)




















Sunday, March 6, 2011

my mom and her ex-student




Assalamualaikum wbt




post kali ini nk bercerita tentang ibunda sy dan anak2 muridnya...terumatanya yg dh jd ex lah...satu perkara yg paling sy kagum dgn ibunda sy ialah jiwa pendidik yg ada dlm dirinya,kerana pd sy sesiapa shj boleh menjd apa sj mereka idamkan namun seseorang itu cuma akan menjadi yg terbaik sekiranya dia meletakkan sepenuh jiwanya apa yg dia lakukan...




begitu juga dgn ibuda sy,beliau menjadi guru sejak 22 tahun yg lalu dan masih bertugas...secara jujur sy katakan ,ibunda sy antara guru yg mendapat tempat di hati para pelajarnya,dan sy percaya ramai yg akan bersetuju dgn pendapat sy ini...kerana sejak awal pengelibatannya dlm bidang ini,ibunda telah berjaya menyentuh byk jiwa dgn caranya yg tersendiri...sehingga kini,masih ramai dikalangan anak2 didiknya yg masih mahu mengunjungi guru yg semakin melangkau usia tua ini walau di mana mereka berada....tidak kurang juga yg selalu menelefon bertanyakan khabar dan ada juga antara mereka yg menjadikan ibunda sy sebagai tempat meluah rasa dan berkongsi cerita...



itulah penangannya jika kita melakukan sesuatu dgn jujur dan ikhlas...untuk seorang yg berjiwa guru,bukanlah emas permata diharap balasan cukup sekadar sapaan dan kunjungan sebagai tanda ingatan...4 u mak,teruskan perjuangan,i'll follow u latter but may be in different field..hehehe...that all 4 now...tq 4 reading..

































































Friday, March 4, 2011

the past 2 weeks

Assalamualaikum wbt
2 minggu yang lepas, terasa diri sgt2 unstable...lepas makan x boleh bau busuk sikit mesti muntah...jalan asyik nk terjatuh atau tersadung masa berjalan...yang bestnya,khamis yg lepas terjatuh dalam kelas memuatkan 500 student waktu nak past list name pada lecturer kelas tu...xda lah rasa malu sgt sebenarnya sbb semua student pon waktu tu tgh sebok2 nk blik..but the weird thing was...saya terjatuh dalam keadaan terus melutut dan x rasa sakit langsung...oh my Lord...what happening to me...nak dikatakan hilang fokus dalam kelas ok ja pon..bleh take note and so on...mungkin salah sendiri yg x berhati-hati..but what about always vomiting after having meals...erm i guess i realy need to rest my mind now...stop thinking too much and just go with the flow...but how...esok ada exam(midsem) untuk marketing in agriculture economic...maybe i take rest after the exam....ya Rabb please give me strength..so i'll calm and could do my exam well...that all 4 today..thanks 4 reading...:)

Thursday, March 3, 2011

harga sehelai tudung labuh...

Assalamualaikum wbt

harga sehelai tudung labuh,
nilainya bukan pada selabuh mana tudung itu menutupi auratmu,
bukan juga pada warna kain yang menjadi pilihanmu,
tapi harganya pada kekuatanmu untuk istiqamah mengenakan tudung itu.
harga sehelai tudung labuh,
nilainya bukan pada seberapa baik pandangan manusia padamu,
bukan juga pada sebanyak mana amalanmu di mata tiap insan,
tapi harganya terletak pada seberapa ikhlas kau melakukan sesuatu.
harga sehelai tudung labuh,
ada masa-masanya nilainya melebihi kemampuanmu untuk memilikinya.
harga sehelai tudung labuh,
ada ketika-ketikanya kau terfikir kembali samada kau benar-benar layak mengenakannnya.
dan harga sehelai tudung labuh,
ada waktu-waktunya membuatkan engkau tidak betah lagi untuk memakainya,
kerana harga sehelai tudung labuh itu,
menuntutmu untuk memaksa diri untuk berubah,
dan bukan berubah kerana terpaksa.
namun itulah sebenarnya harga sehelai tudung labuh,
kerana seberapa mahal sekalipun harga,
tetap akan ada yang mengenakannya,
dan selalu ada yang menghormatinya.
untuk itu jangan pernah menyesal untuk menjadi tuan padanya,
kerana itu jalan yang kau sendiri memilihnya,
oleh itu berbanggalah dengannya,
bukan kerana tudung itu menampakkan kau lebih baik di mata manusia,
tetapi kerana tudung itulah asbab kecil yang membawa kau terus berada dijalanNya.





Wednesday, March 2, 2011

funny story 4 today!!!

Assalamulaikum wbt
this is a funny story 4 today...this story has been told by one of my lecturer(prof) in my economic class today...the story is about three unemployed fresh graduted from local university...
the story begin when my lecturer recomended them to work at national zoo in KL...on their first day,these three guys have been asked to wore animal customs...two of them had to wore monkey customs and the third guy had to wore an orang utan custom...they were paid rm60-rm70 per day...their work was to acted like monkeys and orang utan to entertaine the tourist...however one of the monkey guys got paid more then another monkey guy because he could act better as a monkey...one day,while the monkeys and orang utan started doing their worked,one of the monkeys had falled into the small river...to get help from people the another monkey had creamed asked for help from the tourist people...of couse he was creaming in human language...'tolong2'..hahaha...but no one wanted to help them...i also wonder why...they maybe thougth it was a gimic for the show i guess...hahaha..let continue to the story...then the panic situation became wosrt when there was a crocodile in the river...the fallen monkey has started to cried and creamed more laudly...and suddenly the crocodile speaked to the monkeys..no worries i'm from the university too..hahaha...clearly here the monkeys,orang utan and the crocodile were the faked one...and all of them were paid just to act like an animal...funny rigth...that all 4 today..thanks 4 reading..n have a nice day..:)