Thursday, March 31, 2011

...bahagia....

Assalamualaikum wbt


simple kan perkataannya..tp sgt berbeza makna utk setiap org drpd kita...jenis-jenis bahagia bg kebanyakkan kita....




  • ada orang kata bahagia tu bila kita kaya..boleh beli segala-galanya...sampai cinta dan maruah manusia pon kita mampu beli bila kita kaya....


  • ada pula orang yang kata..bahagia tu bila kita ada rupa(yang cantik dan handsome la biasanya)...bukan sebab apa pon cuma seronok dapat pujian manusia..dan yg paling best boleh selalu bertukar-tukar pasangan utk tujuan suka2...


  • lain orang pula kata bahagia tu bila kita punya keluarga yang sempurna...berharta,ternama,ahli keluarga semua org berjaya....


  • dan bagi sesetengah daripada kita,bahagia tu bila dapat capai semua yg sempurna...dapat straight A's sentiasa,dapat masuk universiti luar negara,kerjaya pula profesional dan last sekali dapat kahwin dgn orang yang kononnya sama2 sempurna mcm kita...(katanya lah)


tp sebenarnya apa itu bahagia...mungkin ada yg setuju dgn alasan2 bahagia seperti di atas..tp bg sy utk bahagia tak perlu itu semua...sbb dlm tempoh 23 thn hidup sy(tak la lama sgt) dan tak tahu berapa lama lg...sy pernah melalui saat2 yg sy rasa paling bahagia tanpa memenuhi semua ciri2 di atas...


dilahirkan dalam keluarga yg biasa2 sj...rupa paras pun biasa2 juga...kepandaian tak lah setara mana...tp masih tetap boleh bahagia...dan masa2 bahagia yg sy lalui bila dikenang2 kembali bukanlah pada saat2 sy mendapat apa sj yg sy pernah impikan tetapi pada waktu sy memulakan langkah utk menggapai setiap cita2...


bila pulang dari sekolah setiap hari dgn beg terkoyak dan kasut yg rabak sudah menjadi perkara biasa ..apa yg paling bahagia adalah bila teringat kat wajah tua(arwah tok) yg selalu menanti di balik jendela dgn lauk pauk yg sudah siap tersedia...


bila makanan enak2 daripada wajah tua itu tidak lg tersedia ...makanan2 drpd pack tentera pun sudah cukup menambat selera ...sekali lagi rasa bahagia dan syukur menjelma...


dan bila teringat kembali saat selalu dibuli dan dipersenda...nikmat rasa sabar yg Allah kurniakan sekali lagi mencipta rasa bahagia dan menguatkan lg hati bahawa Allah tidak pernah menguji hambaNya melebihi batas kemampuan hamba itu sendiri...


daripada pengalaman2 hidup yg tak seberapa ini sy belajar dan setuju sepenuhnya dgn pendapat Dr Aid Al-Qarni dalam bukunya La Tahzan yg menyebut bahawa yg memberi kebahagian kepada kita bukanlah pakaian yg cantik2 atau makanan yg lazat2... tetapi cukuplah sekadar kita punya pakaian utk menutupi kita daripada teriknya panas dan sejuknya hujan...dan makanan pula cukup sekadar sekeping roti(dlm perumpamaan) utk mengalas perut dan terus beribadat kepadaNya..kerana hakikatnya kebahagiaan itu bukanlah terletak pada apa yg kita miliki tp datangnya kebahagiaan itu drpd dalam diri kita sendiri...


terima kerana membaca...:)


Monday, March 28, 2011

...bila orang kurang rajin mula buat tesis...hahaha!

Assalamualaikum wbt


Kesan Industri Kecil dan Sederhana di Bawah Pelan NCER Terhadap Sosioekonomi Penduduk Setempat....erm mcm mana best tak tajuk tesis sy...best kan utk orang yg minat la..:)sy mmg cukup suka tajuk ni terutamanya bila menyentuh mengenai NCER...sbb dari awal ,sy ada la jugak ambil tahu sikit2 berkenaan dgn NCER sbb pada sy kalau pelan ini dilaksanakan dgn cara yg sepatutnya ia akan menjadi salah satu pemangkin ekonomi yg sgt berkesan utk negeri2 yg terlibat...terutamanya negeri sy Kedah yg tercinta...
(kerepek antara produk IKS yang plg menjana pendapatan..nmpk simple ja kan)

sebut pasal tesis ni...ramai jugak la yg tanya kenapa buat tesis kenapa tak buat praktikum,kan peluang kerja lebih mudah...jwpn sy mudah..sy buat tesis sbb sy mmg minat bab kaji mengkaji ni...dan selain drpd menjd value added pada sy..tesis ni juga dpt memberi sy pengalaman dan ilmu yg berguna bila sy smbg buat master nanti..insyaAllah...


apapun, perlu sy akui sepanjang sy menuntut di universiti ni..hingga sekarang dah nak dekat habis..sem ni lah yg sy rasa paling mencabar sekali dan alasannya sbb adanya tesis...bukan apa,mgkn utk org lain tesis nampak lebih mudah drpd praktikum atau ambil paper..tp utk seorang yg tak berapa rajin mcm sy, mmg pening2 lalat la jugak..hahaha....


pengalaman awal buat tesis ni tak la berapa mencabar lg..sbb belom edar questionare lg...tp yg agak lucu utk org seperti sy ialah library yg dulunya cuma jd tmpt utk pinjam buku cerita(jarang2 pinjam buku ilmiah) dan jd tmpt utk tumpang tidoq pada waktu senggang tak ada kuliah(sbb penghawa dingin dia tak sejuk sgt..hahaha) sekarang dah jd mcm rumah 2 sy...hahaha...


dalam erti kata mudah ,kerap la jugak sekarang ni bertandang ke library dgn sbb yg betol (banggo omak den kalau tahu)..hahaha...lain daripada tu tesis ni juga akan membawa sy utk menjelajah keempat-empat negeri dalam NCER (Kedah,Perlis,Penang dan Perak Utara),utk edarkan questionare...erm mesti penat nanti kan...tp tak pa minat punya pasal kira bereh..:)

(atenye mak,pakcik sabar yer menanti kedatangan teman ke sane...nanti teman ajorkan mcm mane nak menande semua korotas kaji selidik tu yer....(dlm lograt Perak:))


setakat ini sajer post teman kali ini...terima kasih kerane sudi membacenyer...nanti ader cegrite pasal lg pasal tesis teman,teman post yer...sehingga itu..jaga diri...jaga amal..:)



Friday, March 25, 2011

nikmatnya imaginasi...aku dan soilermoon...:)

Assalamualaikum wbt



aku dan soilermoon...sy sejak kecil lg mmg meminati animasi Jepun soilermoon..ckplah apa pun waktu tu...soilermoon tetap dihati...berbeza dgn kanak2 lain ,sy dibesarkan oleh arwah nenek sy kerana sewaktu sy msh bayi ibu sy mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke maktab...jd nak dipendekkan cerita kehidupan waktu kecil sy selain diperuntukkan utk pergi mengaji Al-Quran dan sekolah byk dihabiskan dgn menonton cerita animasi Jepun terutamanya soilermoon...



(once in my life,i'd dream of becoming a soilermoon)




disebabkan cuti sekolah sy merupakan hari jumaat dan sabtu jd sy tersgt jarang utk ter'mis' menonton animasi tersebut...dan kalau ter'mis' pon..mmg memuncunglah muka sy sehari tu...hahaha...di sekolah pula sy seorang yg pasif dan tak ramai kwn...seigt sy ,kwn pertama sy disekolah ialah seorang anak sikh yg sgt comel (tp dia lelaki la)...waktu tu sy msh di darjah 1 dan bila berakhir ujian penentuan kelas kami terpisah kerana dia mendapat tempat di kelas pertama sedang sy waktu itu hanya mampu menduduki kelas ke-4...





sepanjang zaman persekolah sy, byk sy habiskan di track (sbb sy atlet waktu tu) dan membayangkan 1 hari nanti sy juga akan menjadi seorang soilermoon( tak tau la nak ckp mcm mana,budak2 la katakan)..pengaruh soilermoon ni mmg kuat dlm diri sy walaupun selepas sy mempunyai ramai kwn iaitu sewaktu sy mula memasuki ramai darjah 5 ( sebelum2 tu sy kwn dgn budak2 kampung sy ja)...





kenapa sy minat sgt nak jadi soilermoon waktu tu...mungkin kerana kisah hidup soilermoon itu sendiri yg sy rasakan menarik dan tersendiri ditambah dengan rupa soilermoon tu yg semuanya cantik2...jadi dalam alam fantasi sy mmg selalu lah sy berangan jd soilermoon...


(better)



kisah penantian utk menjadi soilermoon berakhir apabila sy melangkah ke tingkatan 3...mungkin ada pembaca yg rasa terlalu lewat utk sy menyedarinya pada waktu itu..atau kenapa lambat sgt sy matang...tp sejujurnya sy yg sengaja membiarkan fantasi sy bermain di kotak fikiran sy sehingga ke waktu itu..kerana bagi sy pada waktu itu..hanya fantasi itu yg paling menarik selain aktivit di track (dah berhenti sejak ke sekolah menengah) dan masa terluang bersama best friend sy Farhana..(waktu utk family of couse la seronok juga..:)...apapun alasannya ...pada sy utk berimaginasi seperti itu jauh lebih baik drpd membuang masa bercinta ataupun melepak menghabiskan masa dgn kegiatan tak bermoral....





walaubagaimanapun,itu kisah lama yg ingin sy kongsikan dgn pembaca..kerana pada pendapat sy tidak salah utk kita berimaginasi selagi mana imaginasi kita membawa kemudaratan kepada kita....imaginasi juga kadangkala membuatkan kita lebih kreatif dan menjadi pendorong semangat utk kita melakukan sesuatu...namun itu sekadar imaginasi masa lampau sy,yg mana sy gunakan utk melupakan semua tekanan dan permasalah hidup yg sy hadapi pada ketika itu...itu cara sy menanganinya sewaktu sy di usia awal remaja..bukan dgn membuta tuli mengikut ajakan kwn2 yg bukan2....

(the best!!)



sekarang di usia awal dewasa..sy semakin matang dan mengenal diri...sy juga telah ditakdirkan menemui cinta sejati yg membawa kebahagiaan yg abadi..imaginasi masih lg diperlukan tp bukan lg utk berimaginasi bagaimana bertukar menjadi soilermoon..tetapi imaginasi ini perlu utk membayang betapa hebat dan luasnya rahmat Illahi..imaginasi juga perlu utk membayangkan betapa azabnya seksaan Allah di alam kubur dan akhirat nanti jika kita lupa utk mengabdikan diri...



cinta yg sy temui kini mengajar sy bukan shj utk lebih kreatif berimaginasi tetapi menyedarkan sy ttg nikmat imaginasi itu sendiri..hakikatnya yg memberi rahmat tidak pernah salah namun yg menerima rahmat itulah yg selalunya salah mengolah...semoga cinta ini akan terus mekar dihati kerana kini bukan bertukar menjadi soilermoon lagi yg dinanti tetapi berubah dan istiqamah berada dalam jalan muslimah sejati itu yg diimpi...


thanks 4 reading...:)




Tuesday, March 22, 2011

akukah rabiatul...???

Assalamualaikum wbt


rabiatul adawiyah...bukan satu nama asing dalam dunia sufisme...dilahirkan dan dibesarkan dalam dunia yang penuh dengan kepayahan...mendorong wanita yang dianugerahkan Allah dengan kecantikan ini utk suatu ketika terjebak dalam dunia penuh noda dan dosa...namun rahmat Allah tidak terbatas adanya..membawa wanita ini kembali ke jalanNya dengan berbekal semangat dan keyakinan kepada yang Esa...


suatu ketika beliau pernah ditanya tentang tindakannya memilih utk terus menjadi "gadis sejati"..jawapannya mudah.."kerana tidak ada lagi cinta lain selain cinta pada Illahi di hati"...

post kali ini bukan utk memperbandingkan diri kita..wanita moden era globalisasi dengan rabiatul adawiyah pencinta tuhan yang sejati...kerana sejauh mana dan selebar manapun kisah hidupnya cuba kita rungkaikan..perlu kita akui kita terlalu jauh utk menjadi seorang lagi rabiatul yg sejati...

(sekadar gmbr hiasan..comeiiikan..:)

namun kisah hidupnya sebelum memilih jalan sufi tidak jauh bezanya dengan kehidupan yang kita jalani...kerana jika kita muslimah pernah melakukan dosa...rabiatul juga pernah melakukannya..jika kita pernah suatu ketika terleka...maka rabiatul juga pernah suatu masa pernah terleka..namun apa yg membuatkan nilai diri kita terlalu jauh daripadanya adalah kerana kita tidak pernah benar2 tegar memilih utk melawan diri sendiri(hawa nafsu) utk benar2 mencapai cinta yg Esa....



rabiatul bila shj tersedar dengan berkat kurniaan hidayah Allah kepadanya..terus tegar utk meninggalkan semua perbuatan2 nya yg byk mengundang dosa...lantaran cintanya yg terlalu kuat kepada yg Maha Pencipta,dia pernah menolak pinangan daripada seorang sufi yang melamarnya...



bukanlah bermaksud utk menjadikan pilihan rabiatul utk menjadi 'gadis sejati' sebagai pilihan utk diri sendiri...namun tidak salah rasanya jika kisah cinta rabiatul adawiyah ini dijadikan sandaran utk kita sama2 bermuhasabah diri..mengenal diri dalam mencari cinta Illahi...kerana sama ada suka atau tidak kita perlu mengakui cinta kita kepada Illahi kadangkala hanya tinggal kata2 di hujung bibir...rindu kita pada Sang Pencipta..ada masa2 seolah2 berdusta...kerana bila diri diselidiki..bila kata2 mula dikaji..kita sebenarnya terlalu banyak memungkiri hak Illahi...



thanks 4 reading...jaga diri..jaga amal..:)




Monday, March 21, 2011

tawakal..kisah seorang anak kecil...

Assalamualaikum wbt


diceritakan pada zaman dahulu kala...ada seorang anak kecil (berumur sepuluh tahun )sedang khusyuk bersolat di dalam masjid...sedang anak kecil itu bersolat masuk seorang lelaki yang duduk dan memerhatikannya dari jauh...selesai anak kecil itu bersolat,lalu lelaki tadi datang mendekatinya lalu bertanya,"anak siapa wahai anakku?"...anak kecil itu menggeleng2kan kepala dan menitis air mata kepipinya lantas menjawab,"wahai pakcik,saya seorang anak yatim piatu"..tersentuh sekali hati lelaki itu apabila mengetahui hal itu..lalu lelaki itu berkata bertanya lagi,"mahukah kamu menjadi anak angkatku?"...namun kali ini anak kecil tidak membalas pertanyaan itu dengan jawapan namun terus-terusan bertanyakan soalan...

anak kecil,"adakah sekiranya saya lapar pak cik akan memberikan saya makanan?"...lelaki itu,"ya!"...anak kecil,"apakah jika saya tidak mempunyai pakaian,pak cik akan memberikan saya pakaian?"...lelaki itu,"ya!"....anakkecil"adakah pak cik akan menyembuhkan saya sekiranya saya sakit,"...wahai anak kecil,aku tidak dapat melakukan perkara seperti itu"...anak kecil,"adakah pak cik akan menghidupkan saya sekiranya saya mati?"...lelaki itu,"aku juga tidak sanggup"...

akhirnya anak kecil itu berkata..kalau begitu pak cik serah kan saya kepada:


'Tuhan yang mencipta daku(daripada tiadam kepada ada),maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum dan apabila aku sakit,maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku;Dialah yang mematikan daku,kemudian Dia menghidupkan daku;dan (Dialah) yang aku harap-harapkan akan mengampunkan dosaku pada hari kiamat,"(surah Asy-Asyu''ara :Ayat 78-82)


lelaki itu pun diam dan terus meneruskan urusannya,sedang anak kecil itu berkata:"Aku beriman kepada Allah.Barangsiapa yang bertawakal kepada Alla,mescaya Dia akan memberi kecukupan kepadanya".

Saturday, March 19, 2011

girls and fairy tales


Assalamualaikum wbt



fairy tales...i believe everygirls in this world have their own favourite fairy tales..and usually the fairy tales is about a beutiful princess living in poor life being rescued by her prince charming...finally they get married and live happily ever after...ngeee!...boriiiiig!...hahaha...as for me, i once have a fairy tales too...and it was long2 time ago...when i was a little girl with a lots of dreams to accomplish...but now,i'm no longer keep a fairy tales story as one of my uncomplete dream...


as a girl...whether we like it or not...we have to admit that, we once used to think the same way on how we r going to meet ur soulmate or love one...and usually it is created based on our favourite fairy tales....but how many of us realy end up the way we were thinking...or at least meet a good guy...get married and live happily ever after...



the statistic has shown that the percentage of married couple getting divoce increase over the year...still they r looking 4 the reasons...in my opinion,b4 we having a reseach on why these people easily get divoced we better doing a reseach on the reason why they r getting married...


people nowaday,especially girls,getting married 4 stupid reasons such as..they getting married bcoz they r afraid of being lonely and being called ANDARTU or ANDALUSIA..or they feel like they r left behind if their friend r getting married first..or bcoz they realy want to end up their life like a fairy tale story...so whenever men asking them to be his wife..they whould never think twice..i'm not saying that all women r like that..but this is what happen in our society...people tend to look at single women like they r doing a wrong thing if they r not married...(especially the old one)...please stop thinking that way..bcoz this is what forcing them to get married to the wrong guy...


maybe some of readers here migth think this is a simple issue..but think carefully , this is one of the issue that usually been left behind when we talking abaut what bring married couple to divoce...seriously,no one want to end up their marrige like that...everyone wants to goes living happily ever after...


as 4 me,i'm no longer hunting 4 a prince charming to come rescued me and bring happiness in my life...bcoz i'm no longer believe in fairy tales...but still,i'm waiting for someone who realy mean 4 me..bcoz no matter how long it would last...or not matter who he would be...i believe that Allah has detemine the rigth one 4 me..insyaAllah..:) thanks 4 reading...:)

"aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu...jika kau hilangkan agama yang dalam dirmu...hilanglah cintaku padamu" (Iman Nawawi)


Friday, March 18, 2011

to win something we got to lost something....




Assalamualaikum wbt


to win something we got to lost something...a phrase i learn in one movie i'd wacthed last nigth...eventhough i'm economic student and have been though that everything in this world has price and to get something with must be able to let go of other thing..still i'm not 100% agree with the statement...bcoz,4 me there is thing in world that is priceless...and to get this thing we don't even have to pay anything...this is what we call 'love'...



but the definition of love itself vary from one people to another...maybe some of u migth not agree with my opinion...however that what love mean to me...so in this special post i'd uploaded some pictures of the people i love so much...may Allah bless them all....


they are people who touch my hearth....actually there a lot of them..but some of their picture r not with me...so i cannot upload their pic...soory..that all 4 now thanks 4 reading...