Monday, October 8, 2012

di kalung kasihan....

Assalamualaikum.....


Tiba-tiba rasa nak buat post yang bertajuk seperti di atas...tajuk lagu sebenarnya...dan sejujurnya saya sendiri tidak berapa pasti tentang makna tajuk tersebut....(entry ini cuma entry kosong sekadar luahan hati seorang manusia)

Namun lagu ini bila diamati lama-lama...seolah-olah lagu ini menyisahkan tentang keperitan seorang insan yang sebenarnya cuba membela kependeritaan insan lain yang amat dicinta ( ok ini tidak semestinya kisah cinta lelaki dan perempuan, sebab orang yg kita cinta boleh jadi ibubapa, adik- beradik dan sebagainya)....


Apa yang menarik tentang lagu ini sebenarnya (untuk saya, walaupun saya jarang-jarang dapat mendengarnya di radio)....ialah setiap kali mendengarnya , saya seolah-olah dapat memahami tentang mesej tersirat yang cuba disampaikan ( mengikut perspektif saya tersendiri)....

Setiap kali mendengar lagu ini..terbayang kepada saya situasi yang biasa  kita alami sebenar sebagai manusia biasa...kadang-kadang kerana cinta kita kepada manusia...kita cuba menjadi pembela...perlindung...setakat mana yang termampu walau diri sendiri tak berdaya...cuba menjaga hati dengan menjaga kata-kata..walau ada masa-masanya kita sendiri yang terluka...

Cuba sedaya-upaya memenuhi segala cita-cita walau jiwa sendiri yang tercedera tanpa mengharapkan apa-apa....ada masanya diri terasa halimunan....seolah tidak siapa dan apa di sisi...saat pena menjadi teman setia...pada saat bibir tak mampu lagi mengukir kata-kata...akhirnya air mata kita pun jatuh berkaca-kaca..........


Ya...ada bait-bait lagu ini yang yang saya akui kebenaranya...."  luka itu perlu"...itu lumrah manusia...dan pada hakikatnya kita harus percaya datang siang selepas malam...munculnya pelangi selepas hujan...kerana itu telah sedia ada dalam  tulisan daripada Dia yang maha kuasa...:)

Semoga nanti bila pelangi itu muncul lagi kita akan sama-sama dapat menikmati keindahannya walau sekadar sekejap cuma...:)


Thanks 4 reading...:)

Saturday, October 6, 2012

Assamualaikum....

       
                       Buat hati-hati yang lara...hati-hati yang sering memikirkan soal bila akan bertandang cinta yang menjadi jodoh setia...kisah ini kisah seorang teman baikku yang hatinya sering lara memikirkan soal cinta dan dan jodohnya yang tidak kunjung tiba....


                       Kisahnya begini....dia seorang teman rapat yang saya dikenali sejak di zaman first degree lagi...rupa parasnya cantik sehingga ada yang menggelarnya artis Bollywood...mengenalinya dengan agak rapat sedekit sebanyak saya tahu mengenai hal peribadinya dan kerana kecantikannya juga dia sering dirisik orang sejak zaman universiti lagi.....namun dek kerana setianya dia pada pasangannya ketika itu ( senang cakap boyfriend dia la) dia tidak pernah melayan mana-mana lelaki lain yang datang mencuba nasib.....

                      Namun panas tidak sampai ke petang akhirnya hujan di tengah hari....setelah putus hubungan dengan teman lelakinya itu..sahabat saya mula merasakan sesuatu yang aneh berlaku pada dirinya...setiap kali dia mengalami mimpi tentang kekasih lamanya itu  setiap kali itu jugalah badan sahabat saya itu akan mengeletar dia pada  waktu siangnya( berjam-jam lamanya)....

                   Kasihan melihat penderitaannya saya bersetuju apabila diajak menemaninya untuk mencuba kaedah perubatan Islam oleh seorang ustaz di Jitra...daripada apa yang diberitahu oleh ustaz itu...bekas .teman lelakinya itu memang seorang yang baik dan serius untuk menjadikan sahabat saya itu isterinya..tapi malang nya kaedah yang dia gunakan tidak bertepatan dengan yang sepatutnya...

                   Sedih saya melihat reaksi sahabat saya itu apabila mendapat penjelasan daripada ustaz tersebut...sejak daripada hari itu dia tidak sudah-sudah merisaukan tentang jodohnya kerana katanya sejak dia putus dengan bekas teman lelakinya itu sudah banyak  kali  dia dirisik tapi tak jadi....

                    Sebagai seorang sahabat saya cuba untuk menasihatinya walau diri sendiri tak punya pengalaman...sering saya katakan padanya cinta itu hadirnya daripada usaha dan doa...usaha itu tidak semestinya kita bercinta ( tak sepatutnya pon) tetapi usaha kita dengan sentiasa bersangka baik kepadaNya dan tidak putus-putus memanjatkan doa...InsyaAllah jodoh akan datang bila kita sudah bersedia dan cuma Dia yang tahu bila waktunya yang sebenar-benarnya...

Kepada sahabat-sahabatku di luar sana terimalah serangkap pantun (pantun rojak sebenarnya):

                          Don't worry be steady,
                          Master kita dua tahun lagi,
                          To many to study,
                          Lepas habis baru kita start to worry.

Maafkan saya merosakkan bahasa, ini cuma sekadar suka2..release semua yang ada dikepala...harap tak ada yang akan terasa....

Thanks 4 reading....

                       


Thursday, August 23, 2012

best raya ever ;)

Assalamualaikum.....



Terlalu lama sgt2 x update blog ni.......mungkin sebab tak ada apa yg nak dicerita atau mungkin terlalu banyak sampai tak tau mana nak mula....

Bermula denga segala kekusutan bulan Ogos tahun lepas dan berakhir dengan segala keindahan bulan Ogos tahun ni....Alhamdulillah semuanya berakhir dengan hampir sempurna untuk saya.....Sesungguhnya kita hanya mampu merancang dan perancang Allah tetap yang terbaik untuk kita....


Dan dalam merancang masa depan kita tak kan mampu  melawan kehendak takdir....Tiba-tiba teringat dengan suatu kata-kata daripada seorang teman lama....Jangan pernah menganggap kejayaan itu hasil daripada usaha kita sendiri...Usaha itu cuma asbab untuk kejayaan ...Yang menentukan kejayaan itu milik kita atau sebaliknya tetap yang Maha Pentadbir Semesta....

Apa pun sebelum mengakhiri nukilan yang secotet cuma (hahaha org bukan dari negeri kedah mesti xpaham secotetkan)....Saya dengan rasa rendah hati ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN...Dan kepada En.Betta...saya tak pasti awak baca atau tidak post kali ni...apa pun terima kasih sebab sudi datang beraya dan maaf kalau ada terkurang layanan kami sekeluarga di mana2.... :)

Tuesday, March 6, 2012

nothing personal....kuang3...


Assalamualaikum wbt

2 minggu sebelumnya

a phone call

En.M (bukan nama sebenar): Assalamualaikum Cik F (juga bukan nama sebenar) saya drpd bank I ingin memaklumkan bahawa saudari dah di terima bekerja di bank I sebagai Financial Executive.

Cik F (dengan hati yg berbunga2 dan tak terfikir nak tanya apa2 dah pon, gelogoh nor budak ni): ya2 En.M saya terima tawaran En.M, bila boleh start keja.

En.M:ok saudari boleh mula bekerja awal bulan depan dan penting saya nak igtkan saudari supaya sediakan pakaian yang bersesuaian di tempat kerja.

Cik F:( monolog)urgkkk...apa hal dia cakap camtu...tak sesuai ka apa yang aku pakai masa interview hari tu...pelik2

first day at work

Cik F: erm baju kurung...tudung saiz L...kasut bertutup...and i'm totally ready...(tersengih sorang2..konon mantap habis la gaya pakaian ke tempat kerja tu)

tiba di bank I


En.M: masuk ke bilik saya sekejap Cik F.

Cik F: ok bos...:)

En.Mn: ok begini Cik F, saya nak bg sedikit teguran tentang penampilan awak dan saya harap awak tak tersinggung dengan kata2 saya ini.

Cik F: ok bos..silakan...

En.M: awak tahu tentang awak sebagai FE, jadi kerja awak memerlukan awak utk berjumpa dengan ramai orang, jadi saya harap awak dapat ubah sedikit penampilan awak, kalau boleh banyakkan pakai seluar, berkasut tinggi dan jangan berpakaian seperti seorang ustazah, imej sebegini tak begitu sesuai di sini. aaa 1 lagi Cik F harap awak tak berjubah.

Cik F: what!!!!( dalam hati saja la)....hanya tersenyum dan kemudian minta diri untuk beredar...

monolog Cik F

ok bos...akan saya buktikan 1 hari nanti bukan imej muslimah saya yang akan jd kayu ukur kejayaan saya di sini...

jatuh itu biasa....bangun drpd kejatuhan itu luar biasa...

megah itu biasa....kesederhanaan itu jauh lebih bermakna...


peace no war....:)








Saturday, September 17, 2011

putera cicak.....:)

Assalamualaikum wbt

malam ni tiba2 teringat satu kisah yg berlaku pada zaman kanak2 saya dahulu...waktu tu saya dan seorang abg sepupu ni mmg rapat, maklumlah masa tu umur pun baru 7-8 tahun dan jarak antara umur kami pon tak lah begitu jauh....jadi nak dijadikan cerita abg sepupu saya ni mempunyai satu tanda di lengannya yg betul2 menyerupai seekor replitia iaitu cicak ....bila ditanya daripada mana dia dapat tanda tu...abg sepupu saya akan bagitau yg tanda tu dia dapat sebab dia pernah telan seekor cicak....saya yg waktu masih budak2 yg penuh dgn ke"blur"an pon mmg percaya habis la dgn dia...siap anggap dia hebat gila pulak tu sbb dpt buat sesuatu yg lain daripada yang lain....

masa pon berganti waktu...sewaktu kami meningkat remaja saya sekali lg pernah bertanya kpd abg sepupu saya tu daripada sebenarnya dia dapat tanda berbentuk cicak tu di lengan dia...dan kali dia mmg berterus terang yang tanda muncul tiba2 sj dan dia sendiri pon tak perasan macam boleh wujud tanda tu pada lengan dia...

puas hati dengan jawapan dia...ya la sebab dia pon mmg nakal sgt waktu kecik2 dulu..jadi mungkin tanda tu dia dpt waktu dia jatuh daripada pokok atau sewaktu dia accident yg entah ke berapa kalinya....

apa pon yg buat saya rasa lucu sgt ialah mcm mana saya boleh betol2 percaya yg dia pernah telan seekor cicak sampai tanda cicak tu boleh muncul di tangan dia dengan bentuk2 yg betol2 menyerupai cicak...kalaulah bukan kerana tanda tu dah berubah bentuk mesti saya masih percaya yg tanda tu adalah seekor cicak yg tersangkot di lengan dia sbb tak dapat di hadam...hahaha....

persoalannya mmg adakah orang pernah tertelan cicak...sbb kalaulah ada...saya org pertama yg akan sgt menganguminya...seriously....:)

thanks 4 reading...:)

Thursday, September 8, 2011

kepada semua blogger ..HARAP DIHEBAHKAN...!!!

Assalamualaikum wbt

SAYA SEKARANG BEKERJA DI BANK ISLAM KULIM
DALAM BAHAGIAN PERSONAL FINANCIAL:

KEPADA SESIAPA YG MEMPUNYAI HASRAT UTK MEMBUAT
PEMBIAYAAN PERIBADA ATAU SEBARANG PEMBIAYAAN
TERMASUK YG INGIN MEMILIKI KAD KREDIT BANK ISLAM
ANDA BOLEH MENGHUBUNGI SAYA DI NO 019-4096838.
TIDAK KIRA DI MANA ANDA BERADA KAMI TETAP AKAN
MEMBERIKAN PERKHIDMATAN TERBAIK MENGIKUT SYARIAT ISLAM.

TANPA KESANGSIAN,TANPA YURAN TAMBAHAN,LEBIH WANG UTK DIBAWA PULANG..:)

terima kasih....

Sunday, September 4, 2011

sepasang kurung biru....

Assalamualaikum wbt...

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...


Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
KPD SEMUA BLOGGER...:)