Saturday, September 17, 2011

putera cicak.....:)

Assalamualaikum wbt

malam ni tiba2 teringat satu kisah yg berlaku pada zaman kanak2 saya dahulu...waktu tu saya dan seorang abg sepupu ni mmg rapat, maklumlah masa tu umur pun baru 7-8 tahun dan jarak antara umur kami pon tak lah begitu jauh....jadi nak dijadikan cerita abg sepupu saya ni mempunyai satu tanda di lengannya yg betul2 menyerupai seekor replitia iaitu cicak ....bila ditanya daripada mana dia dapat tanda tu...abg sepupu saya akan bagitau yg tanda tu dia dapat sebab dia pernah telan seekor cicak....saya yg waktu masih budak2 yg penuh dgn ke"blur"an pon mmg percaya habis la dgn dia...siap anggap dia hebat gila pulak tu sbb dpt buat sesuatu yg lain daripada yang lain....

masa pon berganti waktu...sewaktu kami meningkat remaja saya sekali lg pernah bertanya kpd abg sepupu saya tu daripada sebenarnya dia dapat tanda berbentuk cicak tu di lengan dia...dan kali dia mmg berterus terang yang tanda muncul tiba2 sj dan dia sendiri pon tak perasan macam boleh wujud tanda tu pada lengan dia...

puas hati dengan jawapan dia...ya la sebab dia pon mmg nakal sgt waktu kecik2 dulu..jadi mungkin tanda tu dia dpt waktu dia jatuh daripada pokok atau sewaktu dia accident yg entah ke berapa kalinya....

apa pon yg buat saya rasa lucu sgt ialah mcm mana saya boleh betol2 percaya yg dia pernah telan seekor cicak sampai tanda cicak tu boleh muncul di tangan dia dengan bentuk2 yg betol2 menyerupai cicak...kalaulah bukan kerana tanda tu dah berubah bentuk mesti saya masih percaya yg tanda tu adalah seekor cicak yg tersangkot di lengan dia sbb tak dapat di hadam...hahaha....

persoalannya mmg adakah orang pernah tertelan cicak...sbb kalaulah ada...saya org pertama yg akan sgt menganguminya...seriously....:)

thanks 4 reading...:)

No comments:

Post a Comment