Sunday, June 12, 2011

Aku Nak KERJA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





Assalamualaikum wbt



post kali ini ditulis dalam keadaan stress yg teramat sgt( ceh ayat mcm sadis ja)...tp mmg tengah stress pon...



sesudah tamat SPM


sesudah tamat SPM selepas berjaya mengharungi PLKN yg membawa byk pengajaran...atas pujukan seorang kawan yg dah lama menunggu saya menamatkan PLKN...saya mula bekerja sebagai operator di sebuah kilang membaiki dan memasang telefon rumah...waktu tu nak dikatakan saya terlalu ingin bekerja tak lah juga...cuma sekadar suka2 utk mencari duit poket sendiri...gaji yg diperolehi drpd kilang tu pon tak lah seberapa cuma sekadar RM300 ++ sahaja..namun berkat duit gaji pertama dan elaun PLKN itu jugalah saya dapat membeli telefon bimbit pertama saya...


walaupun tidak lama saya bekerja di kilang itu..namun ia cukup mengajar saya tentang realiti dan erti kehidupan yang sebenar...pengalaman bekerja di situ mengajar saya bahawa kehidupan ini akan menjadi mudah sekiranya kita menjadikannya mudah dan hidup dgn penuh sedar tentang kemampuan diri sendiri serta menghargai setiap apa yg kita miliki dengan penuh syukur...


peristiwa di kilang telefon



mak(panggilan utk seorang pekerja di kilang itu):bila siti nak kahwin?


siti(bukan nama sebenar):minggu depan mak?


mak:dah ada baju nikah?mak ada baju nikah anak2 mak yg dulu2,siti nak?


siti:nak mak (dengan muka penuh senyuman,senyuman yg penuh dgn keikhlasan dan rasa syukur)


pada hari yang telah dijanjikan,mak datang membawa baju pengantin itu,kak siti dengan gembira dan penuh bangga mengenakan baju tersebut...


saya melihat dengan penuh tanda tanya dia hati...bagaimana baju yg selusuh itu,baju yg telah terlalu pudar warnanya itu sanggup utk dijadikan baju pengantin...


saya mengaku,saya juga bukan datangnya dari keluarga yg kaya...tapi tak pernah sekali pun saya mengenakan baju selusuh itu walaupun sekadar utk pergi ke kenduri kahwin...


Allah hu akhbar...betapa besar rahmatMu yang upah yang serendah itu..Kau telah mengajarkan aku tentang 1 nilai kehidupan yang tak dapat dibeli di mana2...:) paling sedih sekali bila gambar si kecil2 tu hilang bila lap top rosak hari tu...whuaaaaaa:(



sesudah SPTM


selesai STPM hati memang berkobar2 nak cari kerja..dari maklumat seorang kawan,saya akhirnya berpeluang bekerja di sebuah tadika (Tadika Pasti Kulim)...



di Pasti saya hanya mengajar kanak yg berumur 4 tahun...anak2 murid saya semuanya ada 12 orang..tapi cuma 10 orang saja yang selalu ke sekolah..biasa la budak kecik kan...


di tadika itu tugas saya bukan sekadar mengajar mereka A B C dan 1 2 3...tapi mengurus kencing berak budak2 pon saya yang buat...nasib baik ada pengalaman jaga anak saudara jadi tak lah terasa susah sgt...:)


peristiwa di PASTI


hari guru....


solehah:cikgu ni hadiah utk cikgu..


saya:terima kasih solehah( saya ambil hadiah itu dan cium solehah,dalam hati mmg tak sangka akan dapat hadiah,hadiah dari Adam,Ihsan,Alim,Asysyifa)


pak cik bus sekolah:cikgu (sambil menunjukkan satu bungkusan kepada saya di atasnya tertulis UNTUK CIKGU SAYA...DARIPADA MARYAM FITRAH)


saya:Maryam,kenapa Maryam malu nak bagi hadiah Maryam kat cikgu?


Maryam:adik (Maryam bahasakan dirinya adik dgn saya)..adik malu nak bagi kat cikgu..adik bagi kacang ja...( dalam bungkusan tadi mmg ada kacang cerdik)


ya Allah betapa besar rahmatMu...betapa besar kasih sayangMu yang telah mendatangkan kasih sayang melalui kasih sayang mereka yang menyayangiku...betapa rahmat Allah yang telah mencurah rasa kasih di hati si kecil2 itu kepada ku...:)


(sekarang anak2 murid saya sudah berada dalam darjah 1)


yang TERKINI


baru sahaja menamatkan pengajian di UUM...belum sempat dapat result lagi pon....dan saya dah sebok mencari kerja...


interview yang pertama


penemuduga:awak tak layak utk kerja ni...


saya:erk..tp cik belum soal saya lagi...(penuh bingung)


penemuduga:awak ada degree...kenapa mintak kerja ni...sepatutnya awak mintak kerja sebagai officer..


saya:saya memang nak kerja( senyum...nak dapat kerja ni pon susah..nak mintak pegawai lagi lah..)


penemuduga:erm tak apa la...kami simpan resume kamu..kalau dapat kami akan call


(sampai sekarang tak call2 pon huhuhu)

kesimpulannya...tak kesahlah apa pon pekerjaan kita (asalkan halal) ia tetap akan memberi nilai kepada kepada kita selagi mana kita ikhlas melakukannya kerana DIA...:)


thanks 4 reading..:)

Friday, June 10, 2011

i'm got too far...

Assalamualaikum wbt


people make mistakes

but

people do have choices

i made a mistake

and

i do have a choice now


"hidup umpama satu perjudian...yg untung timbul dan yg rugi tenggelam...semoga setiap pilihan yg kita lakukan adalah pilihan dari tuhan..bukan sekadar berlandaskan akal fikiran"

Saturday, May 28, 2011

bilik kena pecah dan misi dektektif GGH yang gagal....

Assalamualaikum wbt

2 minggu yg lepas..kira2 dalam permulaan minggu final exam..ada kejadian pelik yang berlaku di kolej kami...kejadian ini disedari oleh kawan2 @ geng saya GGH...actually ini adalah nama yg kami bagi untuk kumpulan kami yg seramai 9 orang semuanya...


ok nak mudah cerita...kawan saya nadia n fiza (diorang ni roomate) perasan yang lampu aras akan tertutup sekita jam 5 hingga 630 pagi..dan pada kebiasaannya pada hari kejadian akan ada orang yang mengadu kehilangan pakaian sulit masing2...


mula2 ramai yang tak begitu ambil berat hal ni..mungkin sebab benda tu tak terjadi pada diri sendiri...tapi kami satu geng memang sgt curiga bila suatu hari nadia bagi tau... waktu dia bangun pagi utk menunaikan solat subuh tiba2 dia perasan yang aras bilik dia gelap...dan terdengar bunyi kasut orang yg agak tergesa2 daripada bilik air yang sunyi dan gelap sbb ditutup lampu...



saya dan roomate waktu tu mmg la seriau juga sebab di aras kami cuma ada tiga bilik dan hanya bilik kami saja yg dihuni oleh senior(kami la tu)


nak dijadika cerita pada satu malam tu waktu saya dan roomate tengah study tiba2 kami berdua terlelap..tapi apa yg pasti pintu bilik kami mmg tertutup waktu tu....apa yang mengejutkan ialah bila saya bangun pada pukul 605 pagi utk solat... saya sgt terkejut bila mendapati pintu kmi terbuka dan bilik air kami lampunya ditutup...nasiblah tak ada apa2 yang hilang ,saya dan roomate juga selamat...


lepas kejadian malam tu..geng kami berpakat nak berjaga malam dengan bantuan RA dan ketua blok utk tangkap si pencuri tu..tapi malangnya pencuri tak dapat dikesan ...tak tau lah sama ada dia mmg tak datang atau mungkin dia perasaan tentang operasi yang dijalankan...


apapun kami sgt2 bersyukur tak ada apa2 yang buruk berlaku kepada kami semua walaupun sepanjang 3 tahun menghabiskan masa di UUM banyak kejadian yg tak disangka-sangka berlaku ...tapi itulah antara kenangan termanis yang dapat kami kongsikan bersama...


kepada si pencuri..walaupun dia tak baca entry ni..saya harap dia bertaubatlah daripada buat benda2 mcm tu lagi...sbb sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga...


thanks 4 reading....




Sunday, May 1, 2011

"perangai manusia...mcm2 ada"

Assalamualaikum wbt






lokasi 1:salah sebuah pejabat di IPTA



situasi:seorang lecturer muda






lecturer muda:Assalamualikum cik,tumpang tanya boleh saya tahu tentang......



orang pejabat:(tidak menjawab salam)erm awak nak apa....bla bla bla....tunjuk kad matrik awak( dengan nada suara yang tinggi dan sinis)



lecturer muda:owh ini kad matrik saya..( sambil menghulurkan kad matrik yang tertulis...Jawatan Pensyarah)



orang pejabat:owh pensyarah rupanya ...(nada suara terus berubah....lembut)






moral of the story:kalaulah lecturer muda tadi sememangnya seorang pelajar...layakkah dia dilayan dengan cara sebegitu rupa...






lokasi2:di sebuah rumah taman



situasi 2:seorang fresh gradute






si ibu:kakak lepas ni kakak nak buat apa?



si anak:erm rasanya lepas ni nak terus cari kerja la mak,kerja apa2 pon tak apa asalkan halal...rasa2 kalau jadi pemandu ambulans pon ok kot....orang cakap senang nak apply kerja tu..



si ibu:kakak,takkan la kakak penat2 belajar utk dapatkan degree lepas tu nak kerja pandu ambulans pula...



si anak:ala mak kerja ni sementara saja...lagipon bukan senang nak dapat kerja kerajaan terus sekarang...paling2 kena tunggu 2-3 tahun dulu...






moral of the story:sebenar tak semua fresh gradute kita ni memilih kerja...lambakan graduan yang berlaku bukanlah semuanya berpunca daripada fresh gradute tu sendiri yang dikatakan memilih kerja tetapi persepsi sesetengah ibubapa yang mengharapkan anak2 mereka terus mendapat kerja yang bagus sejurus tamat pengajian...






lokasi:rumah pengantin



situasi:apa2 aje lah






dia:selamat pengantin baru...:)



si pengantin:terima kasih....hg bila lg...?



dia:insyaAllah ada jodoh ada la...muda lagi kot..:)



kawan2 :tau tak si A dah bertunang...lagi si B hujung tahun ni dah nak kahwin...pastu si C pula bulan 6 ni insyaAllah langsung...hg bila pula...dari dulu sampai sekarang single ja...tak kan tak mau kahwin kot...nak aku carikan...?



dia:hahaha...insyaAllah ada jodoh nanti...adalah...:)






moral of the story:soal ajal maut...jodoh pertemuan semuanya ditangan tuhan....jadi tak perlulah kita terlalu mendesak utk melihat seseorang tu berteman..sebab hakikatnya bila jodohnya dah sampai tak siapa pon yang dapat menghalang..:)


thanks 4 reading..:)


Monday, April 18, 2011

menafestasi cintaku mengenal cintaMu

Assalamualaikum wbt


ya Rabb...

ini aku hambaMu

yang selalu2nya mudah lupa kepadaMu

bila dunia datang menjamu mata zahir juga mata hatiku

ya Rabb...

ini aku hambaMu

yang biasa2nya membiarkan diriku melakukan dosa kepadaMu

bilamana nikmat sementara membuatkanku terpana lalu tersungkur ke lurah nafsuku

ya Rabb...

ini aku ya Rabb

ini aku

yang seringkali alpa akan nikmatMu

seakan2 nikmat itu abadi untukku

ya Rabb...

ingin aku bertanya padaMu

masih kenalkah Engkau padaku

ya sekalipun tiada jawapan zahir dariMu

aku tahu Kau mengenal aku sebagai hambaMu

ya Rabb...

bagaimana aku tahu

kerana pada setiap dengut nadiku ini keranaMu

setiap hembusan nafas juga lahirnya daripada cintaMu padaku

dan daripada setiap kali aku takut mengingati dosa2ku

aku tahu itu Engkau yg sedang berkomunikasi denganku

ya Rabb...

andai sampai waktu utk aku bertemu dgnMu

ambillah aku dalam keadaan Engkau telah mengampuni semua dosa2ku

ambillah aku dalam keadaan aku teguh beriman kepadaMu

dan ambillah aku setelah Kau terima semua taubatku kpdMu


Sunday, April 17, 2011

sang semut dan Nabi Sulaiman...:)

Assalamualaikum wbt



post kali akan menceritakan mengenai kisah seekor semut dengan Nabi Sulaiman...kisah ini ingin saya kongsikan kerana tertarik dengan ketinggian tahap keimanan sang semut yang jarang2 boleh kita dapati dalam diri masyarakat Islam hari ini...(renung2kan dan selamat beramal)


pada suatu hari ketika sang semut sedang membawa sebutir buah kurma ia telah diperhatikan oleh Nabi Sulaiman...

Nabi Sulaiman terus mengamati sang semut lalu memanggilnya..."Hai sang semut untuk apa kau membawa kurma itu?"...sang semut lantas menjawab..."Ini adalah kurma yang Allah serahkan kepada aku untuk makananku selama setahun"...


Mendengar jawapan semut itu Nabi Sulaiman mengambil sebiji botol dan memanggil sang semut lalu berkata.."Wahai semut kemari engkau dan masuklah ke dalam botol ini,aku telah membahagikan kurma ini kepada dua bahagian,satu bahagian aku serahkan sebagai makananmu untuk tahun ini dan sebahagian lagi akan aku berikan untuk makananmu pada tahun depan"...

Selepas setahun Nabi Sulaiman datang kembali menemui sang semut yang taat itu namun baginda melihat kurma yang baginda berikan tidak banyak berkurangan...lalu Nabi Sulaiman pun bertanya.."Wahai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu?'...jawab sang semut.."Wahai nabi Allah selama ini aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa,selama ini Allah memberikan aku sebutir kurma setiap tahun tetapi engkau memberikan aku separuh.Aku takut engkau tidak akan memberikan aku separuh lagi kurma pada tahun hadapan kerana engkau bukan Allah Pemberi Rezeki"...


Moral daripada kisah ini ialah betapa sang semut tidak menaruh sedikit pun kebergantungannya kepada yang lain melainkan Allah...sang semut juga menaruh sepenuh keyakinan kepada Allah semata2...sedang kita manusia yang dijadikan sebagai khalifah di bumi yang luas ini selalu saja

mendahulukan kebergantungan kita kepada pertolongan manusia seolah-olah manusialah yang memberikan rezeki dan berkuasa untuk menyelesaikan setiap masalah yang kita hadapi...


Sekalipun kisah ini sangat ringkas tetapi sekiranya kita membacanya dengan menggunakan mata hati, kita akan mendapati betapa besarnya jarak perbandingan antara tahap ketinggian iman kita umat masa kini dengan seekor semut kecil pada zaman Nabi Sulaiman...


"dalam ketinggian akal manusia ada masa2nya tertewas dengan nafsu yang bermaharajalela,

namun dalam kerendahan akal sang semut tersimpan ketinggian ilmu yang jauh lebih bernilai daripada akal manusia"
thanks 4 reading..:)

Saturday, April 16, 2011

out class trip to Bendaman Sik...


Assalamualaikum wbt




baru balik daripada camping dan tersgt letih dgn trip selama 2 hari 1 malam ni..apa2 pon nk update dulu blog..diharap kwn2 yg tak dapat join blog bolehlah sama2 menikmati sedikit coretan drpd camping kelas kita selepas baca post kali (best owh..!!..:)




semalam telah berlangsunglah class trip ke Bendaman Sik..perjalanan kami mengambil masa lebih 2 jam, dan kawasan tersebut utk yang tak berapa tau sangat area Kedah ni,mmg hutanlah...best juga sbb ni pengalaman pertama trip dengan class kt u...sebelum2 ni camping2 ni cuma zaman sekolah dengan PLKN dululah...




kelas kami mmg sangat bertuah sbb dpt lecturer yang sgt sporting...Prof.Juzhar dan idea utk camping ni mmg asalnya dari beliaulah...yg tambah best lg sbb dpt makan free(Prof yang belanja utk makanan sehari tinggal di camp...:)




kami semua bertolak drpd UUM pada jam 9.30 pg dan sampai di Bendaman tu dlm pukul 11.00pg...sampai ja kat sana semua orang pun mmg dah set kumpulan masing2 dan terus ke khemah...khemah ini boleh memuatkan 12 orang sekaligus..tp khemah kami cuma memuatkan antara 6 hingga 8 saja...utk tujuan keselesaan..

(bersama Flavia di tepi khemah..:)



ok selepas berehat sambil menunggu kedatangan Prof...dalam jam 3.30 mcm tu kami pon bertolak ke Ladang Anggur yg berdekatan dgn Empangan Bris...seronoklah juga dapat tengok buah2 anggur yg masak ramun di dahan2 buah tu...tapi sayangnya kami setakat dapat tengok saja la sbb kat situ ada papan tanda yg tulis.."Dilarang Memetik"...tapi ada ja bebudak ni yg curi2 makan..ish3...
(permandangan di Ladang Anggur...:)


malamnya pula cuma berlangsung acara bebas sbb Prof terpaksa balik ada hal penting jd kuliah yg dijadualkan akan berlangsung terpaksa dibatalkan..jadi masing2 ada yang tgk movie dan juga lah yg bawa gitar utk menyanyi..saya pula buat aktiviti sendiri...balik khemah dan makan dan tidur...kuang3..hahaha..dah bebaskan... (bersama classmate n Prof..yg pegang payung tu...comelkan..ha3

please don't me wrong ok..:)



esoknya kami berangkat ke Ladang Kopi dan Herba...kat sana banyaklah jenis kopi dan herba yg kami dapat lihat...dan satu maklumat baru yg pada saya agak menarik ialah harga utk sebotol pati buah limau adalah RM600 ..erm mcm mana sanggupkah anda membelinya...


seterusnya kami ke Pejabat Perhutanan sbb Prof nak kami nak kami ambil tahu ttg pokok2 yg bernilai tinggi..mcm pokok Cengal,Meranti,Jati dll...jadi terpaksalah kami meredah hutan simpan di situ..dan ramai lah yg kena naik pacat waktu tu ditambah dgn hujan lebat( nasib baik saya tak takot sgt pacat) jd saya lah antara org yg tlg buang pacat yg lekat pd kwn2..kelakar btol bila fikir2 balik..:)


jd end of the day..kami pon balik dgn girangnya(plus dgn busuknya sbb mandi hujan)...apa2 pon trip ni mmg best walaupon tentatifnya simple ja...thanks a lot to our Prof 4 the trip...hujung2 sem dpt juga akhirnya pergi class trip...our memory together will stay 4 ever..thanks 4 reading..:)