Monday, April 18, 2011

menafestasi cintaku mengenal cintaMu

Assalamualaikum wbt


ya Rabb...

ini aku hambaMu

yang selalu2nya mudah lupa kepadaMu

bila dunia datang menjamu mata zahir juga mata hatiku

ya Rabb...

ini aku hambaMu

yang biasa2nya membiarkan diriku melakukan dosa kepadaMu

bilamana nikmat sementara membuatkanku terpana lalu tersungkur ke lurah nafsuku

ya Rabb...

ini aku ya Rabb

ini aku

yang seringkali alpa akan nikmatMu

seakan2 nikmat itu abadi untukku

ya Rabb...

ingin aku bertanya padaMu

masih kenalkah Engkau padaku

ya sekalipun tiada jawapan zahir dariMu

aku tahu Kau mengenal aku sebagai hambaMu

ya Rabb...

bagaimana aku tahu

kerana pada setiap dengut nadiku ini keranaMu

setiap hembusan nafas juga lahirnya daripada cintaMu padaku

dan daripada setiap kali aku takut mengingati dosa2ku

aku tahu itu Engkau yg sedang berkomunikasi denganku

ya Rabb...

andai sampai waktu utk aku bertemu dgnMu

ambillah aku dalam keadaan Engkau telah mengampuni semua dosa2ku

ambillah aku dalam keadaan aku teguh beriman kepadaMu

dan ambillah aku setelah Kau terima semua taubatku kpdMu


Sunday, April 17, 2011

sang semut dan Nabi Sulaiman...:)

Assalamualaikum wbt



post kali akan menceritakan mengenai kisah seekor semut dengan Nabi Sulaiman...kisah ini ingin saya kongsikan kerana tertarik dengan ketinggian tahap keimanan sang semut yang jarang2 boleh kita dapati dalam diri masyarakat Islam hari ini...(renung2kan dan selamat beramal)


pada suatu hari ketika sang semut sedang membawa sebutir buah kurma ia telah diperhatikan oleh Nabi Sulaiman...

Nabi Sulaiman terus mengamati sang semut lalu memanggilnya..."Hai sang semut untuk apa kau membawa kurma itu?"...sang semut lantas menjawab..."Ini adalah kurma yang Allah serahkan kepada aku untuk makananku selama setahun"...


Mendengar jawapan semut itu Nabi Sulaiman mengambil sebiji botol dan memanggil sang semut lalu berkata.."Wahai semut kemari engkau dan masuklah ke dalam botol ini,aku telah membahagikan kurma ini kepada dua bahagian,satu bahagian aku serahkan sebagai makananmu untuk tahun ini dan sebahagian lagi akan aku berikan untuk makananmu pada tahun depan"...

Selepas setahun Nabi Sulaiman datang kembali menemui sang semut yang taat itu namun baginda melihat kurma yang baginda berikan tidak banyak berkurangan...lalu Nabi Sulaiman pun bertanya.."Wahai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu?'...jawab sang semut.."Wahai nabi Allah selama ini aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa,selama ini Allah memberikan aku sebutir kurma setiap tahun tetapi engkau memberikan aku separuh.Aku takut engkau tidak akan memberikan aku separuh lagi kurma pada tahun hadapan kerana engkau bukan Allah Pemberi Rezeki"...


Moral daripada kisah ini ialah betapa sang semut tidak menaruh sedikit pun kebergantungannya kepada yang lain melainkan Allah...sang semut juga menaruh sepenuh keyakinan kepada Allah semata2...sedang kita manusia yang dijadikan sebagai khalifah di bumi yang luas ini selalu saja

mendahulukan kebergantungan kita kepada pertolongan manusia seolah-olah manusialah yang memberikan rezeki dan berkuasa untuk menyelesaikan setiap masalah yang kita hadapi...


Sekalipun kisah ini sangat ringkas tetapi sekiranya kita membacanya dengan menggunakan mata hati, kita akan mendapati betapa besarnya jarak perbandingan antara tahap ketinggian iman kita umat masa kini dengan seekor semut kecil pada zaman Nabi Sulaiman...


"dalam ketinggian akal manusia ada masa2nya tertewas dengan nafsu yang bermaharajalela,

namun dalam kerendahan akal sang semut tersimpan ketinggian ilmu yang jauh lebih bernilai daripada akal manusia"
thanks 4 reading..:)

Saturday, April 16, 2011

out class trip to Bendaman Sik...


Assalamualaikum wbt




baru balik daripada camping dan tersgt letih dgn trip selama 2 hari 1 malam ni..apa2 pon nk update dulu blog..diharap kwn2 yg tak dapat join blog bolehlah sama2 menikmati sedikit coretan drpd camping kelas kita selepas baca post kali (best owh..!!..:)




semalam telah berlangsunglah class trip ke Bendaman Sik..perjalanan kami mengambil masa lebih 2 jam, dan kawasan tersebut utk yang tak berapa tau sangat area Kedah ni,mmg hutanlah...best juga sbb ni pengalaman pertama trip dengan class kt u...sebelum2 ni camping2 ni cuma zaman sekolah dengan PLKN dululah...




kelas kami mmg sangat bertuah sbb dpt lecturer yang sgt sporting...Prof.Juzhar dan idea utk camping ni mmg asalnya dari beliaulah...yg tambah best lg sbb dpt makan free(Prof yang belanja utk makanan sehari tinggal di camp...:)




kami semua bertolak drpd UUM pada jam 9.30 pg dan sampai di Bendaman tu dlm pukul 11.00pg...sampai ja kat sana semua orang pun mmg dah set kumpulan masing2 dan terus ke khemah...khemah ini boleh memuatkan 12 orang sekaligus..tp khemah kami cuma memuatkan antara 6 hingga 8 saja...utk tujuan keselesaan..

(bersama Flavia di tepi khemah..:)



ok selepas berehat sambil menunggu kedatangan Prof...dalam jam 3.30 mcm tu kami pon bertolak ke Ladang Anggur yg berdekatan dgn Empangan Bris...seronoklah juga dapat tengok buah2 anggur yg masak ramun di dahan2 buah tu...tapi sayangnya kami setakat dapat tengok saja la sbb kat situ ada papan tanda yg tulis.."Dilarang Memetik"...tapi ada ja bebudak ni yg curi2 makan..ish3...
(permandangan di Ladang Anggur...:)


malamnya pula cuma berlangsung acara bebas sbb Prof terpaksa balik ada hal penting jd kuliah yg dijadualkan akan berlangsung terpaksa dibatalkan..jadi masing2 ada yang tgk movie dan juga lah yg bawa gitar utk menyanyi..saya pula buat aktiviti sendiri...balik khemah dan makan dan tidur...kuang3..hahaha..dah bebaskan... (bersama classmate n Prof..yg pegang payung tu...comelkan..ha3

please don't me wrong ok..:)



esoknya kami berangkat ke Ladang Kopi dan Herba...kat sana banyaklah jenis kopi dan herba yg kami dapat lihat...dan satu maklumat baru yg pada saya agak menarik ialah harga utk sebotol pati buah limau adalah RM600 ..erm mcm mana sanggupkah anda membelinya...


seterusnya kami ke Pejabat Perhutanan sbb Prof nak kami nak kami ambil tahu ttg pokok2 yg bernilai tinggi..mcm pokok Cengal,Meranti,Jati dll...jadi terpaksalah kami meredah hutan simpan di situ..dan ramai lah yg kena naik pacat waktu tu ditambah dgn hujan lebat( nasib baik saya tak takot sgt pacat) jd saya lah antara org yg tlg buang pacat yg lekat pd kwn2..kelakar btol bila fikir2 balik..:)


jd end of the day..kami pon balik dgn girangnya(plus dgn busuknya sbb mandi hujan)...apa2 pon trip ni mmg best walaupon tentatifnya simple ja...thanks a lot to our Prof 4 the trip...hujung2 sem dpt juga akhirnya pergi class trip...our memory together will stay 4 ever..thanks 4 reading..:)


Tuesday, April 5, 2011

kahwin muda vs seks bebas...


Assalamualaikum wbt


seks bebas..tajuk yg biasa kita dengar dan baca selalunya di dada2 akhbar mahupun tv...isu ini tak lain tak bukan mmg melibatkan golongan remaja iaitu kita...dan secara jujurnya sy juga termasuk dalam kalangan dah rasa tersangat bosan dgn isu ini...tp bila difikirkan isu ini bukan sekadar satu permasalahan revolusi seks yg semakin melampau menggadaikan maruah anak bangsa kita,tetapi merupakan satu isu yg membawa kepada permasalahan lain yg lebih serius maka sy terpanggil utk menulis topik ini...


"seks bebas" ada yang kata perlakuan ini cenderung melibatkan remaja yg suka bergaul secara bebas dgn jantina berlainan jenis dan akhirnya terbabas ataupun terlanjur...dan pula yg berpendapat perkara ini hasilnya daripada kumbang2 durjana yang cuba merayu sang bunga yang akhirnya percaya dan terus menyerahkan diri tanpa jaminan apa2...apapun anda pilih sendiri alasan terjadinya perlakuan tidak bermoral ini...


seiringan dengan masalah ini timbul pula isu baru yang katanya menjadi alternatif penyelesaian terbaik bagi mencegah sekaligus mendorong remaja untuk berfikir dengan lebih dewasa...isu ini adalah "kahwin muda" ..sesetengah pihak berpendapat bahawa "kahwin muda"adalah satu cara terbaik bagi mengelakkan golongan ini daripada terlibat dgn gejala seks bebas...ya la kan kata orang remaja ini jenis golongan yang suka mencuba(peliknya yg tak elok sj yang selalu suka dicuba ,yg elok2 tak mau pulak)...ok persoalannya adakah benar dengan berkahwin di usia yang muda akan mengurangkan jumlah golongan ini yg terlibat dlm gejala tidak bermoral ini..atau adakah perkahwinan itu pada dasarnya hanya utk menghalalkan apa yg haram semata2...dan bagaimana perkahwinan yg hanya utk menghalalkan cara ini akan dpt membentuk generasi muslim yg lebih baik pada masa akan datang..tepuk dada tanya selera...


dalam hal ini ...sy sebenarnya neutral atau dlm erti kata mudah tidak memihak pada mana2 pihak...terpulang pada kesediaan individu itu sendiri sama ada nak berkahwin muda...atau nak confirm bachelor ka..itu bergantung pada diri masing2...

(liyana...kawan masa form1 -form3...)

apapon pada pendapat sy...sesebuah perkahwinan itu eloklah sekiranya kita bina berdasarkan niat yg lebih besar drpd menghalalkan yang haram semata2...kesediaan bukan sekadar dari segi fizikal dan ekonomi semata2 tetapi juga perlu sedia drpd segi mental( ya la sbb nk kongsi hidup dgn orang kan bukannya senang... hahaha)...


akhir kalam sy nak ucapkan selamat pengantin baru kepada kawan2 yang baru atau dh agak lama melangsungkan perkahwinan anda...mintak maaf kepada mereka yang sy tak dapat attend kenduri tu..(erm sapa suruh buat kenduri time tak cuti lg)...sy doakan agar anda dan pasangan anda sentiasa bahagia didunia dan insyaAllah hingga akhirat nanti..:) thanks 4 reading...

(zafirah..kawan dari sekolah rendah)