Thursday, August 23, 2012

best raya ever ;)

Assalamualaikum.....



Terlalu lama sgt2 x update blog ni.......mungkin sebab tak ada apa yg nak dicerita atau mungkin terlalu banyak sampai tak tau mana nak mula....

Bermula denga segala kekusutan bulan Ogos tahun lepas dan berakhir dengan segala keindahan bulan Ogos tahun ni....Alhamdulillah semuanya berakhir dengan hampir sempurna untuk saya.....Sesungguhnya kita hanya mampu merancang dan perancang Allah tetap yang terbaik untuk kita....


Dan dalam merancang masa depan kita tak kan mampu  melawan kehendak takdir....Tiba-tiba teringat dengan suatu kata-kata daripada seorang teman lama....Jangan pernah menganggap kejayaan itu hasil daripada usaha kita sendiri...Usaha itu cuma asbab untuk kejayaan ...Yang menentukan kejayaan itu milik kita atau sebaliknya tetap yang Maha Pentadbir Semesta....

Apa pun sebelum mengakhiri nukilan yang secotet cuma (hahaha org bukan dari negeri kedah mesti xpaham secotetkan)....Saya dengan rasa rendah hati ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN...Dan kepada En.Betta...saya tak pasti awak baca atau tidak post kali ni...apa pun terima kasih sebab sudi datang beraya dan maaf kalau ada terkurang layanan kami sekeluarga di mana2.... :)

Tuesday, March 6, 2012

nothing personal....kuang3...


Assalamualaikum wbt

2 minggu sebelumnya

a phone call

En.M (bukan nama sebenar): Assalamualaikum Cik F (juga bukan nama sebenar) saya drpd bank I ingin memaklumkan bahawa saudari dah di terima bekerja di bank I sebagai Financial Executive.

Cik F (dengan hati yg berbunga2 dan tak terfikir nak tanya apa2 dah pon, gelogoh nor budak ni): ya2 En.M saya terima tawaran En.M, bila boleh start keja.

En.M:ok saudari boleh mula bekerja awal bulan depan dan penting saya nak igtkan saudari supaya sediakan pakaian yang bersesuaian di tempat kerja.

Cik F:( monolog)urgkkk...apa hal dia cakap camtu...tak sesuai ka apa yang aku pakai masa interview hari tu...pelik2

first day at work

Cik F: erm baju kurung...tudung saiz L...kasut bertutup...and i'm totally ready...(tersengih sorang2..konon mantap habis la gaya pakaian ke tempat kerja tu)

tiba di bank I


En.M: masuk ke bilik saya sekejap Cik F.

Cik F: ok bos...:)

En.Mn: ok begini Cik F, saya nak bg sedikit teguran tentang penampilan awak dan saya harap awak tak tersinggung dengan kata2 saya ini.

Cik F: ok bos..silakan...

En.M: awak tahu tentang awak sebagai FE, jadi kerja awak memerlukan awak utk berjumpa dengan ramai orang, jadi saya harap awak dapat ubah sedikit penampilan awak, kalau boleh banyakkan pakai seluar, berkasut tinggi dan jangan berpakaian seperti seorang ustazah, imej sebegini tak begitu sesuai di sini. aaa 1 lagi Cik F harap awak tak berjubah.

Cik F: what!!!!( dalam hati saja la)....hanya tersenyum dan kemudian minta diri untuk beredar...

monolog Cik F

ok bos...akan saya buktikan 1 hari nanti bukan imej muslimah saya yang akan jd kayu ukur kejayaan saya di sini...

jatuh itu biasa....bangun drpd kejatuhan itu luar biasa...

megah itu biasa....kesederhanaan itu jauh lebih bermakna...


peace no war....:)








Saturday, September 17, 2011

putera cicak.....:)

Assalamualaikum wbt

malam ni tiba2 teringat satu kisah yg berlaku pada zaman kanak2 saya dahulu...waktu tu saya dan seorang abg sepupu ni mmg rapat, maklumlah masa tu umur pun baru 7-8 tahun dan jarak antara umur kami pon tak lah begitu jauh....jadi nak dijadikan cerita abg sepupu saya ni mempunyai satu tanda di lengannya yg betul2 menyerupai seekor replitia iaitu cicak ....bila ditanya daripada mana dia dapat tanda tu...abg sepupu saya akan bagitau yg tanda tu dia dapat sebab dia pernah telan seekor cicak....saya yg waktu masih budak2 yg penuh dgn ke"blur"an pon mmg percaya habis la dgn dia...siap anggap dia hebat gila pulak tu sbb dpt buat sesuatu yg lain daripada yang lain....

masa pon berganti waktu...sewaktu kami meningkat remaja saya sekali lg pernah bertanya kpd abg sepupu saya tu daripada sebenarnya dia dapat tanda berbentuk cicak tu di lengan dia...dan kali dia mmg berterus terang yang tanda muncul tiba2 sj dan dia sendiri pon tak perasan macam boleh wujud tanda tu pada lengan dia...

puas hati dengan jawapan dia...ya la sebab dia pon mmg nakal sgt waktu kecik2 dulu..jadi mungkin tanda tu dia dpt waktu dia jatuh daripada pokok atau sewaktu dia accident yg entah ke berapa kalinya....

apa pon yg buat saya rasa lucu sgt ialah mcm mana saya boleh betol2 percaya yg dia pernah telan seekor cicak sampai tanda cicak tu boleh muncul di tangan dia dengan bentuk2 yg betol2 menyerupai cicak...kalaulah bukan kerana tanda tu dah berubah bentuk mesti saya masih percaya yg tanda tu adalah seekor cicak yg tersangkot di lengan dia sbb tak dapat di hadam...hahaha....

persoalannya mmg adakah orang pernah tertelan cicak...sbb kalaulah ada...saya org pertama yg akan sgt menganguminya...seriously....:)

thanks 4 reading...:)

Thursday, September 8, 2011

kepada semua blogger ..HARAP DIHEBAHKAN...!!!

Assalamualaikum wbt

SAYA SEKARANG BEKERJA DI BANK ISLAM KULIM
DALAM BAHAGIAN PERSONAL FINANCIAL:

KEPADA SESIAPA YG MEMPUNYAI HASRAT UTK MEMBUAT
PEMBIAYAAN PERIBADA ATAU SEBARANG PEMBIAYAAN
TERMASUK YG INGIN MEMILIKI KAD KREDIT BANK ISLAM
ANDA BOLEH MENGHUBUNGI SAYA DI NO 019-4096838.
TIDAK KIRA DI MANA ANDA BERADA KAMI TETAP AKAN
MEMBERIKAN PERKHIDMATAN TERBAIK MENGIKUT SYARIAT ISLAM.

TANPA KESANGSIAN,TANPA YURAN TAMBAHAN,LEBIH WANG UTK DIBAWA PULANG..:)

terima kasih....

Sunday, September 4, 2011

sepasang kurung biru....

Assalamualaikum wbt...

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...


Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
KPD SEMUA BLOGGER...:)

Wednesday, July 27, 2011

berharap dan berserah hanya kepada Allah...

Assalamualaikum wbt

lokasi 1:Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah
situasi: cinta monyet kebudak-budakan
perspektif:1)prinsip takkan bercinta di alam persekolahan...
2)budak lelaki yg kebiasaannya bebudak sekolah admire (menurut pemerhatian)
yg pertama:hensem
yg kedua :pandai (boleh la...budak lelaki biasa bukan pandai sgt pon...hahaha)
yg letiga : pandai main bola sepak (kalau tak pandai atau kaki bangku biasa mmg
tak laku la..hahaha)
yg keempat:pandai dalam bab2 keagamaan (paling kurang mempunyai suara yg
merdu waktu kena giliran azan kat sekolah)

lokasi 2:Universiti Utara Malaysia
situasi:join usrah
perspektif:1)bercinta atau mempunyai hubungan cinta secara zahir dan berterusan tanpa ada
batasan yg dibenarkan oleh syarak adalah haram (ini perspektf kak naqibah saya)
:2)Alhamdulillah sebab tak pernah terlibat dengan cintan cintun ni sepanjang hidup...
selama ni ada juga tertanya2 ok ka macam ni...nanti orang cakap tak normal pula
tapi sekarang saya dah tahu setiap apa yg Allah rancangkan utk saya selama
ini adalah hikmah terbesar buat diri saya,iaitu utk menjaga hati dan diri saya
hanya utk diserahkan sepenuhnya kepada dia yg nanti bergelar suami yg sah
kepada saya...

lokasi 3:kat rumah mak
situasi:seorang ustaz muda dan peluang yg diberikan kepadanya
perspektif:1)utk mengenali seseorang dalam jangka masa yg singkat dan dalam perancangan utk
menerima seseorang dalam hidup kita,komunikasi sangatlah penting...jadi bagi
peluang utk dia kerap berhubung melalui telefon
2)mula menyedari cara yg saya gunakan adalah salah...matlamat tidak pernah
menghalalkan cara....Alhamdulillah belum terlambat utk kembali musahabah diri
dan memperbaiki kelemahan yg ada...

lokasi 4:di depan laptop menaip di blog...:)
situasi:sedang berusaha memperbetulkan keadaan dalam masa yg sama cuba menjaga agar tak
ada hati2 yg terguris dengan tindakan saya...
perspektif:1)masih berpegang teguh pada prinsip dan pendirian saya....cinta,kasih sayang dan
rindu pada seorang lelaki asing drpd keluarga hanyalah utk dia yg menjadi suami yg
sah kepada saya nanti...
2)tidak ada hubungan cinta sebelum kahwin kerana cinta itu tidak boleh dipaksa
tetapi boleh dipupuk sesudahnya...
3)tidak semua yg kita ingini akan kita miliki...dan tidak semua yg kita miliki itu kita
berkehendak kepadanya...apapun kita sebagai manusia seharusnya bersyukur atas
apa yg kita ada dan cuba menghargainya seadanya...
4)menerima seseorang itu dalam hidup beerti menerima seseorang itu seadanya...
bukan bermaksud utk mengubah seseorang itu menjadi seperti apa yg kita inginkan..
5) saya tidak akan berubah demi keinginan orang lain...sesuatu perubahan itu biarlah
dengan hati yg ikhlas dan kerana Allah semata2...
6)berharap dan berserah sepenuhnya kepada Allah...itulah yg selama ini cuba saya
lakukan dan akan terus saya lakukan InsyaAllah...kerana Allah tidak akan pernah
mengecewakan hambaNya sedang kita manusia terlalu mudah memberi harapan
dan lebih mudah lagi memutuskannya....

thanks 4 reading...:)


Tuesday, July 12, 2011

pilihan yang bukan pilihan...hidup kita..kitakah yg menentukan...:)

Assalamualaikum wbt






soalan(1):pilihan yang bukan pilihan...apa maknanya ?



jawapan(1):ok simple...kita diberi pilihan untuk membuat keputusan yang hasilnya samada kita suka atau pun tidak telah ditentukan sejak dari awal lagi...




soalan (2):hidup saya...sayakah yang menentukan?



jawapan(2):tak semestinya...byk faktor lain yg menentukan pilihan yg dibuat dlm hidup...ibu bapa...adik beradik... kawan-kawan...dorongan diri sendiri...dan faktor2 pendesak yg lain...apapun kita hanya merancang namun Allah yang menentukan...ada ketentuan Allah lebih baik adanya...




soalan (3):tak buat salah...buat lagi salah...apakah?



jawapan(3): jodoh pertemuan ajal maut di tangan tuhan... namun sesuatu pilihan yang dibuat hanya berdasarkan rasa simpati atau kesian takkan membawa kebahagiaan yg berkekalan...yg penting keikhlasan hati...keserasian dan persefahaman...dan yg penting harus diingat pilihan terbaik itu datangnya dari tuhan...




thanks 4 reading...:)