Tuesday, March 6, 2012

nothing personal....kuang3...


Assalamualaikum wbt

2 minggu sebelumnya

a phone call

En.M (bukan nama sebenar): Assalamualaikum Cik F (juga bukan nama sebenar) saya drpd bank I ingin memaklumkan bahawa saudari dah di terima bekerja di bank I sebagai Financial Executive.

Cik F (dengan hati yg berbunga2 dan tak terfikir nak tanya apa2 dah pon, gelogoh nor budak ni): ya2 En.M saya terima tawaran En.M, bila boleh start keja.

En.M:ok saudari boleh mula bekerja awal bulan depan dan penting saya nak igtkan saudari supaya sediakan pakaian yang bersesuaian di tempat kerja.

Cik F:( monolog)urgkkk...apa hal dia cakap camtu...tak sesuai ka apa yang aku pakai masa interview hari tu...pelik2

first day at work

Cik F: erm baju kurung...tudung saiz L...kasut bertutup...and i'm totally ready...(tersengih sorang2..konon mantap habis la gaya pakaian ke tempat kerja tu)

tiba di bank I


En.M: masuk ke bilik saya sekejap Cik F.

Cik F: ok bos...:)

En.Mn: ok begini Cik F, saya nak bg sedikit teguran tentang penampilan awak dan saya harap awak tak tersinggung dengan kata2 saya ini.

Cik F: ok bos..silakan...

En.M: awak tahu tentang awak sebagai FE, jadi kerja awak memerlukan awak utk berjumpa dengan ramai orang, jadi saya harap awak dapat ubah sedikit penampilan awak, kalau boleh banyakkan pakai seluar, berkasut tinggi dan jangan berpakaian seperti seorang ustazah, imej sebegini tak begitu sesuai di sini. aaa 1 lagi Cik F harap awak tak berjubah.

Cik F: what!!!!( dalam hati saja la)....hanya tersenyum dan kemudian minta diri untuk beredar...

monolog Cik F

ok bos...akan saya buktikan 1 hari nanti bukan imej muslimah saya yang akan jd kayu ukur kejayaan saya di sini...

jatuh itu biasa....bangun drpd kejatuhan itu luar biasa...

megah itu biasa....kesederhanaan itu jauh lebih bermakna...


peace no war....:)