Sunday, June 12, 2011

Aku Nak KERJA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





Assalamualaikum wbt



post kali ini ditulis dalam keadaan stress yg teramat sgt( ceh ayat mcm sadis ja)...tp mmg tengah stress pon...



sesudah tamat SPM


sesudah tamat SPM selepas berjaya mengharungi PLKN yg membawa byk pengajaran...atas pujukan seorang kawan yg dah lama menunggu saya menamatkan PLKN...saya mula bekerja sebagai operator di sebuah kilang membaiki dan memasang telefon rumah...waktu tu nak dikatakan saya terlalu ingin bekerja tak lah juga...cuma sekadar suka2 utk mencari duit poket sendiri...gaji yg diperolehi drpd kilang tu pon tak lah seberapa cuma sekadar RM300 ++ sahaja..namun berkat duit gaji pertama dan elaun PLKN itu jugalah saya dapat membeli telefon bimbit pertama saya...


walaupun tidak lama saya bekerja di kilang itu..namun ia cukup mengajar saya tentang realiti dan erti kehidupan yang sebenar...pengalaman bekerja di situ mengajar saya bahawa kehidupan ini akan menjadi mudah sekiranya kita menjadikannya mudah dan hidup dgn penuh sedar tentang kemampuan diri sendiri serta menghargai setiap apa yg kita miliki dengan penuh syukur...


peristiwa di kilang telefon



mak(panggilan utk seorang pekerja di kilang itu):bila siti nak kahwin?


siti(bukan nama sebenar):minggu depan mak?


mak:dah ada baju nikah?mak ada baju nikah anak2 mak yg dulu2,siti nak?


siti:nak mak (dengan muka penuh senyuman,senyuman yg penuh dgn keikhlasan dan rasa syukur)


pada hari yang telah dijanjikan,mak datang membawa baju pengantin itu,kak siti dengan gembira dan penuh bangga mengenakan baju tersebut...


saya melihat dengan penuh tanda tanya dia hati...bagaimana baju yg selusuh itu,baju yg telah terlalu pudar warnanya itu sanggup utk dijadikan baju pengantin...


saya mengaku,saya juga bukan datangnya dari keluarga yg kaya...tapi tak pernah sekali pun saya mengenakan baju selusuh itu walaupun sekadar utk pergi ke kenduri kahwin...


Allah hu akhbar...betapa besar rahmatMu yang upah yang serendah itu..Kau telah mengajarkan aku tentang 1 nilai kehidupan yang tak dapat dibeli di mana2...:) paling sedih sekali bila gambar si kecil2 tu hilang bila lap top rosak hari tu...whuaaaaaa:(



sesudah SPTM


selesai STPM hati memang berkobar2 nak cari kerja..dari maklumat seorang kawan,saya akhirnya berpeluang bekerja di sebuah tadika (Tadika Pasti Kulim)...



di Pasti saya hanya mengajar kanak yg berumur 4 tahun...anak2 murid saya semuanya ada 12 orang..tapi cuma 10 orang saja yang selalu ke sekolah..biasa la budak kecik kan...


di tadika itu tugas saya bukan sekadar mengajar mereka A B C dan 1 2 3...tapi mengurus kencing berak budak2 pon saya yang buat...nasib baik ada pengalaman jaga anak saudara jadi tak lah terasa susah sgt...:)


peristiwa di PASTI


hari guru....


solehah:cikgu ni hadiah utk cikgu..


saya:terima kasih solehah( saya ambil hadiah itu dan cium solehah,dalam hati mmg tak sangka akan dapat hadiah,hadiah dari Adam,Ihsan,Alim,Asysyifa)


pak cik bus sekolah:cikgu (sambil menunjukkan satu bungkusan kepada saya di atasnya tertulis UNTUK CIKGU SAYA...DARIPADA MARYAM FITRAH)


saya:Maryam,kenapa Maryam malu nak bagi hadiah Maryam kat cikgu?


Maryam:adik (Maryam bahasakan dirinya adik dgn saya)..adik malu nak bagi kat cikgu..adik bagi kacang ja...( dalam bungkusan tadi mmg ada kacang cerdik)


ya Allah betapa besar rahmatMu...betapa besar kasih sayangMu yang telah mendatangkan kasih sayang melalui kasih sayang mereka yang menyayangiku...betapa rahmat Allah yang telah mencurah rasa kasih di hati si kecil2 itu kepada ku...:)


(sekarang anak2 murid saya sudah berada dalam darjah 1)


yang TERKINI


baru sahaja menamatkan pengajian di UUM...belum sempat dapat result lagi pon....dan saya dah sebok mencari kerja...


interview yang pertama


penemuduga:awak tak layak utk kerja ni...


saya:erk..tp cik belum soal saya lagi...(penuh bingung)


penemuduga:awak ada degree...kenapa mintak kerja ni...sepatutnya awak mintak kerja sebagai officer..


saya:saya memang nak kerja( senyum...nak dapat kerja ni pon susah..nak mintak pegawai lagi lah..)


penemuduga:erm tak apa la...kami simpan resume kamu..kalau dapat kami akan call


(sampai sekarang tak call2 pon huhuhu)

kesimpulannya...tak kesahlah apa pon pekerjaan kita (asalkan halal) ia tetap akan memberi nilai kepada kepada kita selagi mana kita ikhlas melakukannya kerana DIA...:)


thanks 4 reading..:)

Friday, June 10, 2011

i'm got too far...

Assalamualaikum wbt


people make mistakes

but

people do have choices

i made a mistake

and

i do have a choice now


"hidup umpama satu perjudian...yg untung timbul dan yg rugi tenggelam...semoga setiap pilihan yg kita lakukan adalah pilihan dari tuhan..bukan sekadar berlandaskan akal fikiran"